Badan Pengurusan Bersama Apartment dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana

"Bantulah Kami Untuk Membantu Anda"

Talian Hotline Aduan 017-9913052 / 011-10791110


 

Derma Surau Al-Maudoodi

Assalamualaikum

Mohon sama-sama kita bantu supaya Surau Al-Maudoodi, Seksyen 7 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan Selangor kerana surau ini masih kekurangan dana untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan. Sesiapa yang ingin menderma boleh salurkan terus ke akaun seperti berikut :-

Nama Bank : CIMB Islamic Bank Berhad
No Akaun : 8600851399
Nama Akaun : Surau Al-Maudoodi

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:-

012-3481979 - Mohd Khazimi Bin Ismail
011-10884324 - Haji Mohd Nor Bin Jusoh
012-3976225 - Roslan BinYahya
019-3799131 - Nor Hisham Bin Mohamad
019-9764288 - Ust Nordin Bin Abdullah

Harap kepada semua supaya sebarkan dan kongsi kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menderma. Individu yang ingin membuat lawatan ke tapak projek boleh terus ke Jalan LP 7/1, Seksyen 7 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.

Maklumat lanjut Sila layari :-
1) www.facebook.com/profile.php?id=100001070356927
2) www.dermasurau.webs.com



Sudut Pandang Pengerusi JMB

ikuti sudut Pandang Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Apartment dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana. klik pada ruangan Muat Turun

Minit Mesyuarat

Sukacita dimaklumkan bahawa Badan pengurusan bersama akan memaparkan minit mesyuarat bulanan dan akan di muat naik dari semasa ke semasa bagi membolahkan pembeli mengetahui perjalanan pengurusan dan penyelenggaraan. Sila klik pada ruangan Muat Turun

Pengumuman Penting


Dalam usaha untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh Badan Pengurusan Bersama Apartment dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana terus kepada pembeli dan penghuni, Sukacita dimaklumkan bahawa pejabat kami dibuka sepanjang hari bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Sabtu. Pejabat kami ditutup pada Hari Ahad dan Hari Kelepasan AM. Tujuannya adalah bagi membolehkan pembeli dan penghuni berurusan pada hari cuti.

Pihak kami juga menyediakan  khidmat talian yang pelbagai bagi membolehkan penghuni dan pembeli mendapatkan khidmat dari Badan Pengurusan. antaranya ialah :

Khidmat talian pejabat : 03-89430886

Khidmat talian telefon bimbit : 011-10791110

Khidmat Talian Faks : 03-89457497

Laman Facebook : www.facebook.com/lestariperdana ( Harap semua pembeli dan penghuni jadi rakan facebook lestari perdana )

Emel : lestariperdana@yahoo.com.my

Laman Web : www.lestariperdana.webs.com

 

Selain daripada itu juga tiga jawatankuasa dibentuk bagi memastikan pengurusan dan khidmat terbaik kepada penduduk. Jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut :

Badan Pengurusan Bersama Apartment dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana bertanggongjawab dalam segala hal berkaitan dengan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan. Sebarang perkara yang berkaitan dengan penyelenggaraan, kebersihan, kerosakan, elektrikal, paip, lanskap, dan pelbagai perkara berhubung kait dengan perumahan, termasuk juga sewaan, jualan, khidmat nasihat dan sebagainya. Maklumat lanjut sila rujuk ke laman web www.lestariperdana.webs.com.

Persatuan Penduduk Seksyen 7 Lestari Perdana pula menguruskan hal-hal yang berkaitan secara langsung dengan penduduk. Antaranya ialah kebajikan penduduk, aktiviti melibatkan penduduk, masalah melibatkan penduduk termasuk juga masalah kacau ganggu, aktiviti maksiat,  masalah tempat letak kereta, masalah sesama penduduk, hal ehwal kebajikan penduduk, agama, dan sebagainya

Rukun Tetangga bertanggongjawab dalam hal-hal berkaitan dengan keselamatan penduduk, Skim rondaan sukarela, aktiviti penduduk dan perancangan program dan aktiviti penduduk

Garis Panduan Penyewa

Makluman kepada pemilik yang ingin menyewakan premis mereka dan juga penyewa yang menyewa premis tersebut sila dapatkan panduan dengan klik pada Garis panduan Penyewa

Makluman kepada pembayar yang tidak menerima resit

Perhatian

Badan Pengurusan Bersama telah mengenalpasti 5 pembayaran yang telah dibuat tetapi tidak dapat dikeluarkan resit pembayaran atas sebab-sebab berikut:-

 

  1. Tidak dapat mengesan pembayar tersebut disebabkan mereka membuat pembayaran menggunakan mesin deposit tunai, atau melalui kaunter tetapi resit pembayaran tidak difakskan ke pejabat
  2. melakukan pembayaran melalui pindah akaun melalui mesin atm dan tidak memaklumklan atau mengemukakan resit kepada pejabat

 

Mana –mana pembayar yang telah membuat pembayaran tetapi masih belum menerima resit pembayaran atau maklumat pembayaran tidak terdapat dalam penyata sila hubungi pejabat dengan segera untuk tujuan kemaskini dan rekod.Bagi pembayaran secara online sila masukkan emel lestariperdana@yahoo.com.my pada ruangan emel supaya kami dapat buat semakan dengan segera.

 

Badan Pengurusan Bersama hanya akan mengeluarkan resit pembayaran setelah pembayaran dibuat kepada Badan Pengurusan Bersama sahaja. Segala pembayaran yang dibuat selain dari Badan Pengurusan Bersama adalah tidak sah dan Badan Pengurusan Bersama tidak akan bertanggongjawab terhadap pembayaran tersebut.

Sila SMS ke no 017-2294300 untuk sebarang urusan selepas waktu pejabat







Perhatian kepada kakitangan pejabat

Bagi memastikan pengurusan di pejabat berjalan dengan lancar, Mesyuarat kakitangan diadakan setiap hari isnin setiap minggu

Mesyuarat Agong Badan Pengurusan Bersama kali pertama akan diadakan pada :

Tarikh   : 25 Julai 2010
Masa    :  10.00 pagi
Tempat  : Tempat Letak Kereta Depan Pejabat Badan pengurusan Bersama C-G-012, Jalan LP 7/2

Borang Aduan / Cadangan

Nama*
Nombor Telefon
Emel*
No Unit*
Tajuk*
Aduan / Cadangan*
Upload a File
Website
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image][What's This?]
Powered byEMF HTML Forms

Radio dan TV Online

Info Cukai Negeri

 

INFORMASI MENGENAI CUKAI NEGERI

CUKAI TANAH
CUKAI TAKSIRAN / CUKAI PINTU
Apa itu Cukai Tanah?
Apa itu Cukai Taksiran/Cukai Pintu

Ditafsirkan sebagai Cukaisewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 sebagai :

  1. apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagaiCukaisewa
  2. apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendakladipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah; dan
  3. apa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukaisewa.

Cukai Taksiran/Cukai Pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di Kawasan Majlis dalam Negeri Selangor meliputi harta-harta berikut :

  1. Kediaman
  2. Perniagaan
  3. Perindustrian
  4. Tanah Kosong

 

Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah?
Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?

Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah.

"Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana-mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya..."

Selepas perjanjian jual-beli ("Sales and Purchase Agreement") telah meterai oleh kedua-dua pihak penjual (atau pemaju tanah/perumahan) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pembeli.

Seksyen 146, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171):

"Semua kadar (Cukai Taksiran/Cukai Pintu) hendaklah dibayar oleh orang yang mana adalah pemunya pegangan pada masa itu.."

Semua pemilik berdaftar bagi premis kediaman, perniagaan, perindustrian dan tanah kosong adalah tertakluk kepada Akta di atas.

Seksyen 155 akta yang sama menerangkan bahawa sekiranya penyewa sesuatu premis terpaksa membayar cukai taksiran bagi pihak pemilik berdaftar pegangan maka penyewa tersebut boleh memotong daripada bayaran sewanya selepas saja daripada itu berapa saja amaun yang telah dibayar.

Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Tanah?
Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu?

Sekali Setahun

Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun

2 kali setahun pada :

  1. 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun;
    dan
  2. 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.
Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Tanah?
Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Taksiran.

 

Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Tanah?
Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
Seksyen 100 Kanun Tanah Negara :
Tanah anda akan DIRAMPAS

Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 :
Harta anda akan DISITA

 

Peringatan

1) Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masing-masing di Pejabat Tanah/Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod dan semakan.

2) Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah/Bil Taksiran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) pada awal setiap tahun boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah/Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.

Perjumpaan dengan pemilik rumah yang tidak berpenghuni

Program Perjumpaan antara Pengerusi Badan Pengurusan Bersama dengan pemilik rumah yang tidak berpenghuni akan diadakan pada :

Tarikh   : 27 Jun 2010
Masa    :  10.00 pagi
Tempat  : Pejabat Badan pengurusan Bersama C-G-012, Jalan LP 7/2

Maklumbalas Penduduk Terhadap Pelaksanaan Pengurusan oleh Badan Pengurusan Brsama

Perjumpaan penduduk berhubung maklumbas terhadap pelaksanaan pengurusan oleh Badan Pengurusan Bersama akan diadakan pada :

Tarikh   : 20 Jun 2010
Masa    :  9.00 pagi
Tempat  : Pejabat Badan pengurusan Bersama C-G-012, Jalan LP 7/2

Jika Bangunan Kosong atau Tidak Diduduki

Sekiranya bangunan anda kosong dan tidak diduduki untuk tempoh melebih satu (1)  bulan, anda boleh memohon pulangan balik atau remisi dengan mengisi borang permohonan elaun kekosongan/ remisi dengan menyertakan bukti-bukti berikut:-

  • Bangunan tersebut dalam keadaan baik dan layak diduduki;
  • Segala usaha yang munasabah untuk mendapatkan penyewa telah dibuat (sertakan keratan iklan dalam surat khabar dan salinan resit pengiklanan);
  • Bangunan itu telah kosong selama tempoh yang baginya pulangan balik itu tuntut.
Permohonan Perlu dikemukakan pada setiap awal penggal selama tempoh bangunan tersebut masih kosong. Borang tersebut boleh didapati di pejabat Badan Pengurusan Bersama Apartment dan kedai Seksyen 7 Lestari Perdana

Pihak kami telah menerima aduan daripada penduduk yang menyatakan telah didatangi oleh individu tertentu berbangsa india dan menyatakan telah diarahkan oleh pihak pengurusan untuk mengutip yuran penyenggeraan, semburan racun serangga dan semburan nyamuk aedes. ingin ditegaskan bahawa pihak kami tidak pernah melantik mana-mana individu untuk mengutip yuran penyenggaraan dari rumah ke rumah. pihak kami tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk mengutip bagi semburan nyamuk aedes dan racun serangga. Pembayaran hanya dibuat di pejabat sahaja atau terus ke akaun Badan Pengurusan Bersama. Pihak kami tidak terlibat dan tidak akan bertanggongjawab terhadap kes berkenaan.

Sila pastikan hanya yang dilantik oleh badan pengurusan sahaja dibenarkan menjalankan kerja-kerja penyenggenggaraan. Jika didatangi oleh individu yang tidak dikenali untuk menjalankan kerja-kerja senggara sila dapatkan surat kelulusan menjalankan penyenggenggaraan yang dikeluarkan oleh pejabat pengurusan daripada mereka. atau hubungi no telefon pejabat pengurusan untuk dapatkan kepastian 

Pengumuman Penting

Pada tahun 2009 didapati tiga individu yang membuat pembayaran melalui kaedah cash deposit di mesin deposit tunai terus ke akaun Badan Pengurusan Bersama tetapi tidak memaklumkan kepada kami bahawa mereka telah membuat pembayaran. Ini menyebabkan pihak kami tidak dapat mengesan individu tersebut. Sehubungan dengan itu mana-mana pembayar yang tidak menerima resit pembayaran supaya menghubungi kami dengan segera untuk membuat semakan atau sms kepada saya di 012-3481979 -khazimi

 

Makluman Penting

 

Mulai 1 April 2009 Badan Pengurusan Bersama Apartment dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana telah mengambil alih pengurusan dan penyelenggaraan dari Syarikat LT Sdn Bhd. Pembayaran Bil hendaklah dibuat sama ada melalui  Cek, Tunai atau terus ke No Akaun CIMB Islamic Bank 12680000306103 atas nama BADAN PENGURUSAN BERSAMA APARTMENT DAN KEDAI SEKSYEN 7 LESTARI PERDANA. Pihak kami menganggap pembayaran masih belum diterima sekiranya pembayaran dibuat atas nama LT Sdn bhd mulai tarikh tersebut. bukti pembayaran hendaklah faks ke 03-89457497. Pastikan anda menerima resit rasmi daripada pihak kami setelah membuat pembayaran dan simpan untuk rujukan pada masa akan datang

 

Sekian, terima kasih

 

24 Mac 2009

 

Lihat sijil penubuhan Badan Pengurusan Bersama

Pembelajaran Al-Quran Secara Percuma

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penduduk akan menganjurkan program bacaan Al-Quran secara percuma khas untuk golongan dewasa ( lelaki dan wanita) setiap hari Sabtu jam 10.00 pagi bertempat di Pusat Pembelajaran Bahrul Ulum. Semua penduduk yang tinggal di kawasan Jawatankuasa Penduduk Zon 19 digalakkan menyertai program tersebut. Sila datang terus ke Pusat Pembelajaran tersebut di alamat E-G-007, Jalan LP 7/2, Seksyen 7 Lestari Perdana atau hubungi Ustaz Noordin 019-9764288 untuk keterangan lanjut.   

Program Gotong Royong Perdana

Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Penduduk akan mengadakan program gotong royong pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh        : 24 Januari 2010 (Ahad)
Masa          : 8.00 Pagi
Tempat      : Apartment Lestari Perdana LP7 ( Depan Pejabat Badan Pengurusan Bersama, Jalan LP 7/2)

Aktiviti       : Membersih kawasan, membuang iklan, roboh binaan  haram terutama di tempat parking kereta, menanam pokok, kempen anti denggi dan perkara
                   lain yg bersesuaian. MPSJ akan sediakan kemudahan lori kutipan sampah, anak-anak pokok dan 4 orang penguatkuasa sewaktu program ini
                   dijalankan.

Mohon kerjasama penduduk untuk hadir beramai-ramai..

"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

Datang beramai-ramai ke pasar malam Lestari Perdana



Kini pihak kami telah menganjurkan Pasar Malam yang akan dibuka bermula pada 14/1/2010 setiap hari Khamis. Bertempat di tapak parking Apartment dan Kedai Lestari Perdana Seksyen 7. Semua bolehlah datang beramai-ramai melihat pelbagai jualan yang disediakan pada hari dan masa tersebut. Bermula pada jam 4 petang sehingga 11 malam.
Selamat Datang ke Pasar Malam kami.:)
 

Mesyuarat Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama

Dimaklumkan bahawa satu mesyuarat Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama bagi membincangkan tentang program gotong royong dan perjumpaan dengan pembeli yang akan diadakan pada 22 haribulan November akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :-

Tarikh 16 November 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Pejabat Badan Pengurusan Bersama

Program Gotong Royong

Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Penduduk akan mengadakan program gotong royong pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh        : 22 November 2009
Masa         : 8.30 Pagi
Tempat      : Apartment Lestari Perdana LP7 ( Depan Pejabat Badan Pengurusan Bersama, Jalan LP 7/2

Semua penduduk dikehendaki hadir

Perjumpaan Penduduk Berhubung Cadangan Penyelesaian Masalah Rumah Tidak Berpenghuni

Perjumpaan penduduk berhubung cadangan penyelesaian masalah rumah tidak berpenghuni, masalah denggi, dan juga masalah bil penyenggaraan tertunggak akan diadakan pada :

Tarikh   : 22 November 2009
Masa    :  3.00 hingga 5.00 Petang
tempat  ; Badan pengurusan Bersama C-G-012, Jalan LP 7/2

Mesyuarat Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama akan diadakan pada :

Tarikh   : 10 November 2009
Masa    :  9.00 Malam
tempat  ; Pejabat Badan pengurusan Bersama

Jemputan ke Majlis Hari Terbuka Ramah Mesra Jawatankuasa Penduduk

Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Penduduk (MPSJ JKP Zon 19) berbesar hati ingin menjemput saudara/saudari sekeluarga hadir untuk meriahkan Majlis Hari Terbuka Ramah Mesra pada ketetapan seperti berikut :-

Tarikh        15 November 2009 ( Ahad )
Masa          10.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat.       Dewan Serbaguna Dr George Lim

Aturcara/Program & Masa Bermula
1 - Pertandingan Melukis untuk kanak-kanak 10.30am-11.30am
2 - Ucapan oleh Ahli Majlis MPSJ Zon 19 1.00pm
3 - Persembahan Tarian, Nyanyian & Badut 1.30pm
4 - Sukaneka 2.00pm
5 - Lakaran oleh Kartunist Undangan 3.00pm – 5.00pm
6 -Tapak mainan – Giant Inflatable Playhouse 12.00pm

Pelbagai program menarik telah diatur termasuk hadiah misteri serta cabutan bertuah bakal menanti pemenangnya. Beraneka-jenis makanan turut disajikan. Kemuncak program adalah merupakan sumbangan ataupun dermaan kepada murid-murid keluarga miskin dan juga warga tua.

TOLONG HEBAHKAN KEPADA SEMUA JIRAN TETANGGA DAN SELURUH AHLI KELUARGA UNTUK TURUT SERTA

Sekian terima kasih


MOHD KHAZIMI BIN ISMAIL

Tahniah En Mohd Khazimi

Tahniah kepada En Mohd Khazimi Bin Ismail diatas pelantikan sebagai Pengerusi Biro Pelajaran, Jawatankuasa Penduduk MPSJ yang baru bagi Zon 19 ( Julai 2010 - Disember 2011 ). Antara kawasan dibawah pentadbiran beliau ialah Taman Pinggiran Putra, Pusat Bandar Putra Permai, Seluruh kawasan Lestari Perdana, Lestari Mansion, Taman Dato Demang Putra, Taman Equine, Kota Perdana, Taman Lestari Putra, Taman Desaminium, Taman Puncak Jalil dan Taman Damai Utama.


Mesyuarat JMB Bil 4/2009

Mesyuarat Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama akan diadakan pada :

Tarikh   : 7 Oktober 2009
Masa    :  9.30 Malam
tempat  ; Pejabat Badan pengurusan Bersama

MAKLUMAN

 

MULAI 1 APRIL 2009 PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN BANGUNAN APARTMEN DAN KEDAI SEKSYEN 7 LESTARI PERDANA TELAH DIAMBIL ALIH OLEH BADAN PENGURUSAN BERSAMA APARTMEN DAN KEDAI SEKSYEN 7 LESTARI PERDANA. SILA BERHUBUNG DI PEJABAT KAMI BAGI URUSAN BERIKUT:-

 

1.     MEMBAYAR RIL PENYENGGARAAN

2.     SEMAKAN BIL PENYENGGARAAN

3.     MASALAH BERKAITAN PENYENGGARAAN

4.     MASALAH BERKAITAN PENGURUSAN

5.     ADUAN DAN PERTANYAAN

6.     MEMBELI BUKU AKTA 663 DAN UNDANG-UNDANG KECIL

7.     LAIN-LAIN URUSAN BERKAITAN PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN

 

 

ALAMAT PEJABAT BADAN PENGURUSAN BERSAMA APARTMEN DAN KEDAI SEKSYEN 7 LESTARI PERDANA ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

 

BADAN PENGURUSAN BERSAMA

APARTMENT DAN KEDAI SEKSYEN 7 LESTARI PERDANA

C-G-012, JALAN LP 7/2, SEKSYEN 7 LESTARI PERDANA

43300 BANDAR PUTRA PERMAI

SELANGOR

 

WAKTU BERURUSAN

 

ISNIN HINGGA AHAD

9.30 PAGI HINGGA 6.30 PETANG

1.00 HINGGA 2.00 PETANG WAKTU REHAT

CUTI AM : TUTUP

 

LAMAN WEB : www.lestariperdana.webs.com

E-MEL           : lestariperdana@yahoo.com.my

TELEFON      : 03-8943 0886

 FAKS           : 03-8945 7497

SEKIAN, TERIMA KASIH

 

 

PENGERUSI

BADAN PENGURUSAN BERSAMA

APARTMENT DAN KEDAI SEKSYEN 7 LESTARI PERDANA

Pengutkuasaan pelaksanaan garis panduan penyidaian kain bagi kawasan perumahan ini. Sila rujuk kepada Pekeliling dan Buku garis panduan tersebut 
Pekeliling Garis Panduan Penyidaian Kain
Buku Garis Panduan Penyidaian Kain

RAYUAN SUPAYA MEMBAYAR CAJ PENYENGGARAAN

 

Adalah dengan hormatnya merujuk kepada kedudukan kewangan pada tahap kritikal, saya selaku Pengerusi Badan Pengurusan Bersama memohon kerjasama dari semua penduduk SUPAYA MEMBAYAR caj penyenggaraan, sekiranya gagal, Badan Pengurusan Bersama akan menggunakan peruntukan Akta 663 dalam mendapatkan tunggakan caj. Sila buat pembayaran SEGERA ke akaun CIMB Bank Badan Pengurusan Bersama Apartment dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana menerusi no akaun 12680000306103 dan fakskan bukti pembayaran ke talian 03 89457497.Jangan salahkan kami sekiranya rumah anda disita Badan Pengurusan Bersama telah menyelesaikan segala permasalahan penduduk tetapi jumlah kutipan amat mendukacitakan  .

 

Dalam tempoh antara April hingga sekarang masalah yang telah diselesaikan adalah seperti berikut :-

 

1. Menyelesaikan masalah saluran kumbahan tersumbat

2. Kerja-kerja pembersihan sampah dan memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih

3. Membuat pendawaian semula bagi kes kecurian kabel melibatkan lampu koridor dan penambahan lampu tangga serta membaikpulih lampu yang tidak menyala

4. Penambahan 2 tiang lampu dan pemasangan kabel di Jalan LP 7/1 dan LP 7/4 serta membaikpulih lampu di Jalan LP 7/2, LP 7/3 dan LP 7/5

5. Pendawaian semula bagi menggantikan kehilangan kabel dari meter ke rumah ( sehingga kini sebanyak 8 buah rumah membuat aduan kepada JMB)   

6. Baikpulih pagar yang rosak

7. Baikpulih saluran paip yang tersumbat ( 5 aduan)

8. pembersihan sampah pukal di seluruh kawasan LP7. seperti perabot rosak, ketulan konkrit binaan, kayu, pokok tumbang dan sebagainya)

 

Mendapatkan tunggakan caj

 

Berikut adalah petikan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 33 (1) Akta 663

 

Jika amaun caj yang kena dibayar tertunggak selama enam bulan, Pesuruhjaya boleh, atas permintaan Badan, mengeluarkan suatu waran penahanan dalam Borang B Jadual Kedua yang membenarkan penahanan apa-apa harta alih kepunyaan pembeli yang ditemui di dalam petak atau di tempat lain di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.

 

Berikut pula adalah petikan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 33 (4), (5), (6), (7) dan (8) Akta 663

 

(4) Pegawai itu boleh, pada waktu siang, memecah masuk secara paksa ke dalam mana-mana petak atau bangunan atau mana-mana bahagian petak atau bangunan itu bagi maksud melaksanakan penahanan itu.

 

 (5) Melainkan jika tunggakan dan caj pungutan dibayar dalam masa tujuh hari dari penahanan harta itu, harta yang ditahan itu hendaklah dijual melalui lelongan awam.

 

(6) Jika apa-apa amaun didapatkan oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen ini, Pesuruhjaya boleh memotong daripada amaun itu caj pungutan itu bagi apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri, dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri.

 

(7) Apa-apa amaun yang didapatkan oleh Pesuruhjaya, selepas pemotongan caj pungutan itu, hendaklah didepositkan ke dalam Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan secepat yang dapat dilaksanakan.

 

(8) Apa-apa lebihan, selepas pemotongan apa-apa amaun oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen (6), hendaklah dibayar kepada orang yang, pada masa penahanan itu adalah atau ternyata memiliki harta itu.

 

Kegagalan atau keengganan untuk membayar caj

 

Berikut pula adalah petikan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 34 Akta 663

 

 Mana-mana orang yang, tanpa apa-apa sebab yang munasabah, gagal atau enggan membayar caj penyenggaraan dan pengurusan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan juga boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

 

Untuk keterangan lanjut sila dapatkan salinan fotostat  buku Akta 663 di pejabat Badan Pengurusan Bersama dengan harga RM 5.00

 

Makluman penting

Makluman kepada Pemilik Rumah di Seksyen 7, Lestari Perdana khususnya bagi rumah yang masih lagi belum diduduki supaya dapat menghubungi saya di talian 012-3481979 (khazimi) bagi membuat perbincangan dan pertemuan bagi menyelesaikan masalah rumah yang tidak berpenghuni.   

 

Perjumpaan penduduk akan diadakan pada

Tarikh : Bermula Bulan April 2009 (Setiap hari Ahad)

Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 Petang

Tempat : Pejabat Badan pengurusan Bersama,  

Pertanyaan hubungi 03-8943 0886 


Mulai 21 April 2007 Perkhidmatan bas RapidKL U432 dari Jalan Silang ( Kuala Lumpur ) ke Puncak Jalil melalui Lestari Perdana telah mula beroperasi. 

Klik link di bawah untuk maklumat laluan

http://www.myrapid.com.my/journeyplanner/bus/details?code=U432

Untuk ke Putrajaya sila buat pertukaran ke bas U42 di Hub Bas KTM Serdang

Untuk ke Puchong sila buat pertukaran ke bas T507 di Puncak Jalil

Untuk ke Universiti Putra Malaysia (UPM) sila buat pertukaran ke bas U416 di Pekan Seri Kembangan atau hub bas KTM Serdang

Untuk ke Taman Seri Pulai sila buat pertukaran ke bas T417 di hub bas KTM Serdang

Untuk ke Impian Ehsan sila buat pertukaran ke bas U411 di hub bas KTM Serdang

Untuk ke mana-mana destinasi yang dihubungkan ke KTM Komuter boleh membuat pertukaran ke KTM Komuter di Stesen KTM Serdang

Informasi

Pendahuluan  
 
 
Bagi bangunan atau tanah yang akan dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata, wujud bahagian yang dinamakan harta bersama yang boleh digunakan oleh semua penghuni. Bangunan dan harta bersama ini perlu disenggara dan diurus dengan sempurna. Ini memerlukan pihak yang diberi kuasa dan tanggungjawab mengendalikannya dan dana untuk membiayai kos penyenggaraan dan pengurusan ini.
 
 
 
Bagi memastikan tanggungjawab penyenggaraan dan pengurusan dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan serta untuk menjaga kepentingan semua yang terlibat secara adil, Kerajaan telah menyediakan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] dan peraturan-peraturan di bawahnya.
 
 
 
Kini satu Akta baru diperkenalkan khusus untuk memperkemaskan hal-hal berkaitan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama, iaitu Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663]. Akta ini mula berkuatkuasa pada 12 April 2007.
 
 
  Penerangan Ringkas Akta  
 
Berikut adalah penerangan ringkas berkaitan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663] ini. Klik di sini untuk pindahturun.
 
  Hubungi Kami  
 
 
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut tentang semua perkara berkaitan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama ini, anda boleh merujuk kepada Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Kelas Pengajian untuk dewasa dan kanak-kanak

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Bimbingan Bahrul Ulum menawarkan pembelajaran kepada dewasa dan kanak-kanak setiap hari bermula isnin hingga Ahad mulai jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang, pada sebelah malam pula bermula jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Sebarang pertanyaan hubungi Ustaz Noordin di talian 019-9764288 

Antara program yang disediakan ialah

1. Kelas Bahasa Arab

2. Kelas Bimbingan kanak-kanak Islam

3 Kelas Fardhu Ain

4. Program Khas Cuti Sekolah

5.Pembelajaran Al-Quran, Iqra, Mukaddam

6. Program dari rumah ke rumah

 

Pusat pembelajaran di alamat seperti berikut :

Pusat Bimbingan Bahrul Ulum

E-G-007 , Jalan LP 7/2, Seksyen 7 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Selangor

 

 

Air Percuma di Selangor


Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) hari ini ingin memaklumkan bahawa segolongan pengguna air di negeri Selangor akan menikmati air percuma untuk bekalan 20m3 pertama seperti yang telah dinyatakan oleh kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa 1 Jun 2008.

Walaubagaimanapun, pemberian 20m3 pertama air percuma tersebut hanya akan melibatkan jalur tarif pertama bagi para pengguna air kategori domestik atau kod 10 yang berstatus aktif.

Pembiayaan air percuma tersebut juga hanya akan mengambil kira penggunaan air dalam bulan Jun 2008 sahaja. Sehubungan dengan itu, jika tempoh bil yang dikeluarkan oleh SYABAS kepada pengguna melibatkan sebahagian penggunaan air dalam bulan Mei 2008, pengiraan air percuma hanya akan dibuat ke atas bahagian penggunaan bagi bulan Jun 2008 sahaja.

SYABAS juga ingin memaklumkan bahawa pengiraan bagi pembayaran untuk 20m3 pertama air percuma tersebut adalah sama seperti pengiraan bagi bil-bil bulanan yang dilaksanakan yakni mengikut jumlah 31 hari. Justeru, pembahagian pengiraan jumlah hari hanya akan dibuat apabila berlaku penggunaan air yang bertindih seperti bulan Mei dan Jun 2008.

Ingin ditegaskan bahawa pembiayaan air percuma tersebut tidak termasuk pembayaran bagi pemotongan dan penyambungan bekalan air, penamatan bekalan air, akaun yang telah ditutup atau penyesuaian debit bagi penggunaan air secara tidak sah. Sehubungan dengan itu, pihak SYABAS berharap agar para pengguna air di negeri Selangor tidak keliru kerana pemberian air percuma ini adalah untuk kegunaan sehingga 20m3 satu bulan sahaja, maka jika kegunaan air untuk sesuatu bulan adalah kurang dari 20m3, jumlah baki meter padu yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke hadapan bagi dimuatkan ke dalam tempoh pengebilan seterusnya. Di samping itu, mengikut prosedur SYABAS, pemotongan bekalan air pada akaun yang gagal menjelaskan bil air mereka dalam masa yang ditetapkan akan diteruskan.

Sepertimana yang telah diputuskan oleh kerajaan Negeri Selangor, akaun para pengguna air Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah tidak termasuk di bawah program pemberian 20m3 pertama air percuma ini.

Sebagai makluman, caj minima sebanyak RM6 tidak akan dikenakan kepada para pengguna yang terlibat dengan pemberian 20m3 pertama air percuma kerana caj minima tersebut telah diambilkira dalam pembayaran yang akan dibayar oleh KDEB kepada SYABAS setiap bulan.

Sehubungan dengan penguatkuasaan pemberian air percuma 20m3 pertama, para pengguna air domestik kod 10 di Negeri Selangor akan mula menerima bil yang akan mencatatkan jumlah penggunaan air serta BAYARAN AIR 20m3 PERTAMA OLEH KDEB¡¨ sebelum catatan ¡§jumlah penuh yang perlu dibayar¡¨ secara jelas di dalam bil air mereka mulai 16 Jun 2008 ini. Para Pengguna yang terlibat yang telah menerima bil sebelum tarikh tersebut akan mendapat rebet yang akan dimasukkan ke dalam bil bulan Julai 2008.

Bagi para pengguna yang menikmati pemberian 20m3 air percuma tersebut, SYABAS ingin menasihatkan agar menggunakan air secara berhemah dan tidak membazir kerana ia hanya akan merugikan semua pihak memandangkan sumber air negeri yang semakin hari semakin terhad. Ini adalah kerana ia tidak akan memberi sebarang manafaat untuk mereka menerima air percuma jika sumber bekalan air negeri semakin pupus. Tambahan pula, bayaran bagi jalur tarif kedua pada kadar RM1.03 selepas 20m3 pertama akan memungkin bil-bil air pengguna menjadi tinggi jika penggunaan air tidak digunakan secara berhemah.

Bagi mereka yang menggunakan air melebihi 20m3, mereka akan dikenakan caj mengikut jalur-jalur seperti berikut:
Kod Kategori Jalur Tarif
10 Domestik (Meter Individu) (RM)

„X 0 ¡V 20m3 0.57
„X > 20 ¡V 35m3 1.03
„X > 35m3 2.00

Jika terdapat sebarang pertanyaan, para pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungi terus Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) SYABAS yang beroperasi selama 24 jam di talian bebas tol 1800 88 5252 bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Sekian, terima kasih.

Untuk aduan dan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), sila hubungi talian bebas tol 24 Jam 1 800 00 2424

Talian Basmi Penagihan  Dadah hubungi AADK Petaling 013-6975410

Sekiranya ada apa-apa pertanyaan / cadangan sila hantar emel ke lestariperdana@yahoo.com.my

 

Latar Belakang Seksyen 7 Lestari Perdana


Seksyen 7 Taman Lestari Perdana terletak di mukim Seri Kembangan di daerah Petaling. Mula diduduki pada bulan Januari tahun 2005,  Seksyen 7 Taman Lestari Perdana merupakan sebuah kawasan perumahan dan perniagaan empat tingkat. Terletak didalam kawasan yang strategik dengan kemudahan prasarana yang pelbagai, penduduk Seksyen 7 Taman Lestari Perdana menikmati fasiliti-fasiliti yang tersedia ada seperti lebuhraya Damansara Puchong, Lebuhraya Bukit Jalil dan yang terbaru Lebuhraya Kuala Lumpur Putrajaya, memudahkan akses ke Kuala Lumpur dengan anggaran jarak 18 km dan juga hanya 7 km dari Putrajaya. Memandu ke Putrajaya hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja. Selain itu, lokasi Taman Lestari Perdana hanya terletak 5 km dari UPM dan tidak pula jauh dari Hospital Putrajaya dan Serdang . Klinik Kerajaan Seri Kembangan disamping berdekatan dengan steseen komuter Serdang dan LRT Bukit Jalil  dan Seri Petaling. Disebelah Taman Lestari Perdana terdapat kompleks sekolah rendah dan menengah kerajaan. Antara kemudahan yang terdapat di lokasi berdekatan adalah Pasaraya JUSCO, Pasaraya GIANT, MyMydin, Permai Walk, Pasar Borong Selangor dan juga Bazaar Rakyat Putra Permai. Antara projek yang akan dibina ialah Komplek Pengangkutan Awam Putra Permai ( Permai Sentral), Kompleks Pendidikan Serdang,.dan pelbagai lagi kemudahan yang akan dilancarkan dari semasa ke semasa.

Antara taman-taman perumahan yang terletak bersebelahan dengan Lestari Perdana ialah Taman Desaminium, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Mansion, Taman Equien, Taman Lestari Putra, Taman Pinggiran Putra, Taman Lestari Permai, Bandar Putra Permai, Taman Dato Demang, dan Pusat Rekreasi Air Hitam. Kawasan ini juga dihubungkan dengan kemudahan pengangkutan awam bas RapidKL No U432 yang menghubungkan terus ke Pusat Bandar Kuala Lumpur, KTM Komuter Serdang, Putrajaya Sentral, IOI Mall Puchong, dan Bandar Kinrara

Lestari Perdana terletak di kawasan tumpuan pembangunan yang bersempadan dan diapitkan dengan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur. Di samping itu juga Seksyen 7 Lestari Perdana terletak di lokasi Koridor Multimedia ( MSC) dan akan menjadikannya sebagai Pusat Penyelidikan Pembangunan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ( ICT )

Pada tahun 2011 Pemaju AQRS The Building Company Sdn. Bhd iaitu pemaju yang bertanggongjawab memajukan kawasan Seksyen 7 Lestari Perdana telah memperkenalkan "Seksyen 7 Lestari Perdana" sebagai Kinrara Uptown. Sehubungan dengan itu bagi memudahkan untuk datang ke kawasasn ini perlulah merujuk kepada papan tanda KINRARA UPTOWN.

INFO PENDUDUK SEKSYEN 7 LESTARI PERDANA


Keluasan                      :           139.87 ha (345.63 ek)

Mukim                         :           Petaling

Daerah                         :           Petaling

Negeri                          :           Selangor

Bandar                         :           Bandar Putra Permai,

Jumlah Blok                  :           10 Blok ( Blok A, B, C, D, E, F, G, H, J dan K )

Kedai & Pejabat           :           122 Unit Kedai dan Pejabat

Apartmen                      :           737 Unit

Tarikh Mula Diduduki   :           Januari 2005

Tarikh Siap                   :           Mac 2004

Kawasan Pentadbiran   :           Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

Pemaju                         :           Darar Ehsan Sdn Bhd / Intelbest Corporation Sdn Bhd

Kawasan Parlimen        :           P103 Parlimen Puchong

Kawasan DUN            :            N29 Seri Serdang

Kemudahan Awam       :           Bas RapidKL (U432) Jalan Silang, Kuala Lumpur ke Puncak Jalil melalui Lestari Perdana

                                                Hospital Serdang dan Putrajaya

                                                Komuter Serdang ( Seremban - Tanjung Malim )

                                                LRT Bukit Jalil ( Laluan Seri Petaling)

                                                Pasaraya Jusco, Mydin, Giant

                                                Taman Rekreasi Air Hitam

Jaringan Jalanraya         :           Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya

                                                Jalan Putra Permai

                                                Lebuhraya Damansara – Puchong

                                                Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban

                                                Lebuhraya Bukit Jalil


Kedudukan terkini      


10 blok telah didiami, 14 blok terbengkalai, 18 blok dalam pembinaan dan 16 blok akan dibina. Jumlah keseluruhan blok ialah 58 blok. Sila rujuk pelan tapak di bawah

:

Anda Pengunjung ke   Website counter   Sejak 23 jun 2009

Recent Blog Entries

by lestariperdana | 0 comments
by lestariperdana | 3 comments
by lestariperdana | 3 comments
by lestariperdana | 1 comment

Upcoming Events

No upcoming events

Featured Products

No featured products