Badan Pengurusan Bersama Apartment dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana

"Bantulah Kami Untuk Membantu Anda"

Blog

view:  full / summary

Sidang Parlimen - Badan Pengurusan Bersama

Posted by lestariperdana on December 17, 2010 at 6:24 PM Comments comments (0)

You need Adobe Flash Player to view this content.

Ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Serdang, PuanTeo Nie Ching, berhubung cadangan supaya Akta 663 dipinda Timbalan Menteri Perumahandan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lakim bin Haji Ukin menyatakan Kementerian Perumahan dan KerajaanTempatan (KPKT) berpandangan peruntukan undang-undang sedia ada di bawah AktaBangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663] bagitujuan kutipan caj penyelenggaraan dan tunggakan adalah memadai. Kuasa tersebuttelahpun diperuntukkan di bawah seksyen 32 dan seksyen 33 Akta 663.

            Di bawah seksyen 32 Akta 663, Badan PengurusanBersama atau JMB telah pun diperuntukkan kuasa untuk memungut cajpenyelenggaraan tertunggak dengan mengeluarkan notis tuntutan kepada pemilikpetak. Sekiranya pemilik petak tidak membuat pembayaran dalam tempoh 14 haridaripada tempoh notis yang diberi, JMB boleh mengambil tindakan mahkamah ke

ataspemilik-pemilik petak berkenaan.

Seksyen33 Akta 663 juga memberikan kuasa kepada JMB untuk memohon bantuan daripada PesuruhjayaBangunan atau COB untuk mengeluarkan notis pembayaran dan mengambil tindakanpenahanan harta alih terhadap pemilik petak yang masih tidak membuatpembayaran. Harta alih pemilik yang ingkar boleh dilelong melalui lelongan awamuntuk menampung tunggakan caj pemilik petak.

Ketikamenjawab soalan tambahan Puan Teo NieChing yang kurang setuju dengan jawapan yang dikemukakan oleh TimbalanMenteri kerana setiap hari dilaporkan dalam media berhubung masalah melibatkanpenyenggaraan dan tunggakan bil, DatukSeri Panglima Haji Lajim berkata untuk mengatasi masalah ini JMBmempunyai kuasa untuk memotong bekalan air dan elektrik.

Katanyalagi pada tahun 2009 dan 2010 seramai 235 orang telah pun dibawa ke mahkamah untukdibicarakan.

Merekayang tidak membayar sebenarnya ialah orang yang sengaja tidak membayar dansering menyalahkan JMB kerana memberi perkhidmatan yang tidak memuaskan. Pada tahun2009,  sebanyak 10,640 aduan telahditerima dan pada tahun 2010 bermula Januari sehingga 31 Jun KPKT telah menerimasebanyak 7,174 aduan. Kesemua aduan itu telahpun dikemukakan kepada JMB untukdiambil tindakan.

Datuk Seri Panglima Haji Lajim juga menjelaskan pememilihan Jawatankuasa PengurusanBersama atau JMC dilakukan di peringkat perumahan itu sendiri dan akan menentukantindakan-tindakan dan juga caj-caj yang perlu dikenakan kepada mereka yang menghunidi kawasan tersebut.

 


Tugas dan kuasa Badan Pengurusan Bersama

Posted by lestariperdana on December 5, 2010 at 7:40 AM Comments comments (3)

Secara umumnya ramai yang berpandangan badan pengurusan bersama hanya menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan semata - mata. Ramai yang masih tidak mengetahui Tugas dan kuasa yang ada pada Badan Pengurusan Bersama. berikut adalah secara ringkasnya tugas yang patut diketahui oleh semua pembeli dan penghuni ;-

Kewajipan badan pengurusan bersama adalah seperti yang berikut:

 1.      untuk menyenggarakan dan menguruskan dengan sepatutnya bangunanatau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama,dan menjaganya dalam keadaan yang baik dan pembaikan yang dapat digunakan;

 2.      untuk menentukan dan mengenakan caj yang kena didepositkan kedalam akaun penyenggaraan bagi maksud penyenggaraan dan pengurusan yang patutbagi bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepadapetak-petak dan harta bersama;

 3.      untuk menentukan dan mengenakan caruman kepada kumpulan wangpenjelas yang kena didepositkan ke dalam akaun kumpulan wang penjelas bagimaksud membayar perbelanjaan yang sebenar atau yang dijangkakan;

 4.      untuk mengambil insurans mengikut Akta ini atau menginsuranskanterhadap apa-apa risiko lain sebagaimana yang diarahkan oleh pemunya petakmelalui ketetapan khas;

 5.      untuk mematuhi apa-apa notis atau perintah yang diberikan ataudibuat oleh pihak berkuasa tempatan atau mana mana pihak berkuasa awam yangberwibawa yang menghendaki pemberhentian apa-apa kacau ganggu ke atas hartabersama, atau yang memerintahkan pembaikan atau kerja lain yang hendaklahdilakukan berkenaan dengan harta bersama itu atau penambahbaikan lain kepadaharta bersama itu;

 6.      untuk menyediakan dan menyenggarakan suatu daftar bagi kesemuapemunya petak bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepadapetak petak;

 7.      untuk memastikan bahawa akaun yang dikehendaki untuk disenggarakanoleh badan pengurusan bersama di bawah Akta ini diaudit dan untuk menyediakanpenyata kewangan teraudit bagi makluman kepada anggotanya;

 8.      untuk menguatkuasakan undang-undang kecil; dan

 9.       untuk melakukan apa-apa benda lain yang suai manfaat atau perlubagi penyenggaraan dan pengurusan yang patut bagi bangunan atau tanah yangdicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama.

 

 

 

 

 

 

 

Kuasa badan pengurusan bersama adalah seperti yang berikut:

 1.     untuk memungut cajdaripada pemunya petak mengikut kadar unit syer yang diumpukkan bagi petakmereka masing-masing;

 2.     untuk memungut carumankepada kumpulan wang penjelas daripada pemunya petak;

 3.     untuk membenarkanperbelanjaan bagi menjalankan penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanahyang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama;

 4.     untuk mendapatkandaripada mana-mana pemunya petak apa-apa jumlah wang yang dibelanjakan olehbadan pengurusan bersama berkenaan dengan petak itu dalam mematuhi apa-apanotis atau perintah

 5.     untuk membeli, menyewaatau selainnya memperoleh harta alih bagi kegunaan pemunya petak yang berkaitandengan penikmatan harta bersama mereka;

 6.     untuk mengambil ataumengatur dan mendapatkan perkhidmatan mana-mana orang atau ejen untuk mengusahakanpenyenggaraan dan pengurusan harta bersama bagi bangunan atau tanah yangdicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dengan syarat bahawa jikaorang atau ejen itu adalah seseorang pihak ketiga yang bebas, dia hendaklahmerupakan seseorang pengurus harta berdaftar;

 7.     untuk membuat undang-undangkecil tambahan bagi penyenggaraan dan pengurusan yang patut bagi bangunan atautanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan hartabersama; dan

 8.     untuk melakukan segalaperkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan kewajipannya dan bagipenguatkuasaan undang-undang kecil.

 

 Akaun penyenggaraan hendaklah digunakan semata-mata bagi maksudmembayar perbelanjaan am atau lazim yang sebenar atau yang dijangkakan yangperlu berkenaan dengan perkara yang berikut:

 1.     menyenggarakan hartabersama dalam keadaan yang baik secara hari ke hari;

 2.     membayar perbelanjaanyang dilakukan dalam menyediakan perkhidmatan pembersihan bagi harta bersama, perkhidmatankeselamatan dan kemudahan bagi penghuni bangunan;

 3.     membayar apa-apapremium bagi insurans atau apa-apa insurans lain yang diluluskan oleh suatuketetapan khas pada mesyuarat agung;

 4.     mematuhi apa-apa notisatau perintah yang diberikan atau dibuat oleh pihak berkuasa tempatan berkenaandengan pemeriksaan berkala bagi mana-mana bangunan di dalam kawasan pemajuanmengikut cara yang dinyatakan dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974;

 5.     kerja pengecatan yangkecil pada premis harta bersama;

 6.     menjalankan pemeriksaanbagi semua sistem pendawaian elektrik harta bersama itu dan menggantikan ataumembaiki mana-mana sistem pendawaian yang rosak, jika ada;

 7.     menjalankanpemeriksaan, penyenggaraan dan pembaikan tangki air utama;

 8.     membayar sewa dankadar, jika ada;

 9.     membayar apa-apa fiyang dilakukan bagi pengauditan akaun yang dikehendaki untuk disenggarakan olehbadan pengurusan bersama;

10. membayar semua caj yangsemunasabahnya dilakukan bagi pentadbiran akaun yang dikehendaki untukdisenggarakan oleh badan pengurusan bersama sebagaimana yang ditentukan olehPesuruhjaya;

 11. membayar saraan atau fibagi ejen pengurusan yang dilantik;

 12. membayar elaun danbelanja lain bagi anggota badan pengurusan bersama dan anggota jawatankuasapengurusan bersama mengikut apa-apa kadar yang diluluskan oleh Pesuruhjaya;

13. membayar apa-apabelanja, kos atau perbelanjaan berhubung dengan pemerolehan perkhidmatan,termasuk pengambilan khidmat pakar runding, fi atau kos guaman dan fi dan koslain, yang dilakukan dengan sepatutnya atau diterima oleh badan pengurusanbersama dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya; atau

 14.  membayar perbelanjaan lain yang bersifat am atau lazim yangberhubungan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yangdicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama.

 



Secara umumnya dibawah kawasan pentadbiran badan pengurusan bersama terdapat sekurang-kurangnya tiga pihak yang terlibat secara langsung


1. Badan Pengurusan Bersama

2. Pihak Berkuasa Tempatan

3. Pemaju

PERATURAN TEMPAT LETAK KERETA

Posted by lestariperdana on August 9, 2010 at 3:05 AM Comments comments (3)

PERATURANTEMPAT LETAK KERETA


 Pendahuluan


 Keseluruhan kawasan Badan Pengurusan Bersama Apartment danKedai Seksyen 7 Lestari Perdana adalah bermula dari simpang jalan masuk iaituJalan LP 7/1 hingga Jalan LP 7/5 dan termasuk juga kawasan lanskap, taman,tanah lapang, tembok, longkang, pagar dan sebagainya yang ditakrifkan sebagaiharta bersama. Tempat Letak Kereta juga ditakrifkan sebagai harta bersama dantertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan. Sebanyak 915 tempat letakkereta disediakan iaitu 615 unit Apartment dan 300 unit bagi kenderaan tambahandan juga pelawat


PenggunaanPelekat Kendaraan


Semuapenghuni wajib mempamarkan pelekat kenderaan pada setiap kenderaan mereka.Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya tidak mempamerkan pelekat kenderaan.Tujuannya adalah untuk memudahkan pemantauan


 PeruntukkanTempat Meletak Kenderaan


Setiapunit hanya diperuntukkan satu tempat letak kenderaan sahaja. Setiap kenderaantambahan tertakluk kepada undang-undang kenderaan pelawat dan hanya dibenarkandiletakkan di kawasan tempat letak kenderaan pelawat


Tempatletak kenderaan Khas


Tempatletak kenderaan khas hanya diberikan satu petak kepada setia unit kedai.Penghuni unit Apartment tidak dibenarkan melatakkan kenderaan di tempat letakkenderaan khas mulai  jam 8.00 pagihingga jam 6.00 petang. Tindakan kunci tayar akan dikenakan sekiranyameletakkan kenderaan di tempat letak kereta khas. Tindakan ini adalah untukmemastikan aktiviti perniagaan  yang  melibatkan  kedai tidak terganggu.


 Tempatletak kenderaan terbuka


Semuapenghuni unit apartment dan juga kedai tidak dibenarkan menghalang mana-manatempat letak kenderaan terbuka. Tiada seorangpun penghuni unit apartment danjuga kedai dibenarkan mengambil tindakan secara bersendirian untuk menghalangtempat letak kenderaan terbuka dengan sebarang objek, simbul, tanda, kayu, batudan apa jua peralatan yang boleh menghalang individu lain menggunakan tempatletak kenderaan.


Tindakan Saman Kepada Pemilik Premis Kosong?

Posted by lestariperdana on July 25, 2010 at 1:33 PM Comments comments (1)

Tindakan saman kepada individu yang gagal menguruskan dan menyenggara premis mereka dengan baik sehingga mencacatkan pemandangan adalah kaedah yang cukup berkesan bagi mengelakkan premis kosong, terbiar dan tidak berpenghuni. Badan Pengurusan Bersama mengalu-alukan cadangan semua pihak dalam mengatasi masalah ini dan apakah kaedah terbaik untuk memastikan semua premis berpenghuni?

Cadangan Gabung Bil Utiliti

Posted by lestariperdana on July 2, 2010 at 10:08 AM Comments comments (0)

Kerajaan bercadang menggabungkan kesemua bil utilitike dalam satu bil khususnya di pangsapuri kos rendah. Tujuannya adalah untukmemastikan penduduk menjelaskan bil penyenggaraan. Cadangan itu akandibentangkan di Parlimen dalam jangka masa terdekat berikutan masalah berkaitanbayaran bil penyelenggaraan penduduk pangsapuri sekaligus menyebabkan bebanankepada kerajaan. Masalah penduduk yang tidak berdisiplin membayar bilpenyelenggaraan sebenarnya bukan saja menyusahkan penduduk yang lebihbertanggungjawab berbuat demikian, malah kepada kerajaan apabila terpaksamenanggung kos kemudahan digunakan mereka sendiri. Sebagai contoh lebih 50peratus Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri menghadapi kesulitan menguruskanpangsapuri mereka apabila wang tidak mencukupi disebabkan perkara ini. Kerajaanterpaksa menubuhkan Skim Tabung Penyelenggaraan untuk menangani masalahtersebut. Setakat ini jumlah terkumpul sebanyak RM35 Juta tetapi dana ini bukanuntuk bayar bil penyelenggaraan, bil api atau bil air penduduk.

 


Cadangan laluan bas ke Putrajaya

Posted by lestariperdana on May 5, 2010 at 2:19 AM Comments comments (0)

Salam sejahtera,


 

Ingin kami maklumkan bahawa  kami mempunyai rancangan untuk mengadakan  laluan dari LRT Bukit Jalil ke Putrajaya melalui Puncak Jalil /Bandar Putra Permai di masa yang akan datang. Perkara ini hanya dapat di laksanakan apabila kami mempunyai bekalanbas yang mencukupi.


 

Sekian, terima kasih.

 

RapidKL

Kempen tutup TV

Posted by lestariperdana on April 16, 2010 at 1:26 PM Comments comments (0)

PETALING JAYA: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) meminta seluruh rakyat negara ini bersatu menjayakan Minggu Tidak Menonton Televisyen (MTMT) bermula semalam (21 April) hingga Isnin depan, yang bertujuan menggalakkan ibu bapa menutup televisyen di rumah dan menghabiskan lebih masa dengan anak.


Kempen ini adalah program keempat daripada 12 program yang dijalankan Fomca sepanjang tahun ini dalam usaha menyemai konsep cara hidup lestari dan menggalakkan rakyat Malaysia lebih bertanggungjawab dalam kehidupan mereka.

 

Ketua Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kempen MTMT membantu dalam menaikkan kesedaran bahawa masa menonton televisyen perlu dihadkan kepada kurang daripada dua jam sehari.

 

“Di kebanyakan negara, kanak-kanak dan golongan muda menghabiskan masa antara empat hingga enam jam sehari menonton televisyen dan bermain permainan video.


“Tabiat ini juga adalah punca utama berlakunya obesiti di kalangan dewasa dan kanak-kanak, selain wujudnya gaya hidup suka berseorangan dan tidak banyak membabitkan diri dengan aktiviti fizikal,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.


Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri

[email protected]

 


Macam Mana Nak Jimatkan Penggunaan Letrik ?

Posted by lestariperdana on April 9, 2010 at 7:32 PM Comments comments (0)

Sepanjang tempoh setahun pengambilalihan pengurusan bermula 1 April 2009 hingga 31 Mac 2010 jumlah penggunaan elektrik bagi lampu tangga dan koridor adalah seperti berikut:-


Blok A RM 3138.45

Blok B RM 5079.45

Blok C RM 3608.85

Blok D RM 5783.35

Blok E RM 6417.01

Blok F RM 3443.40

Blok G RM 3719.15

Blok H RM 3246.95

Blok J RM 3494.65

Blok K RM 4472.75


Jumlah RM 42404.01




Kenapa tidak bayar yuran selenggara?

Posted by lestariperdana on April 3, 2010 at 9:14 PM Comments comments (0)

Badan Pengurusan Bersama telah melakukan pelbagai usaha bagi memastikan kawasan perumahan ini sentiasa berada dalam keadaan sempurna tetapi kenapa sehingga sekarang penduduk masih enggan membayar bil selenggara. Sudah jenuh memikirkan untuk mengutip dana bagi menampung perbelanjaan tersebut antaranya ialah dengan mewujudkan pasar malam setiap hari khamis.


Sebagai contoh di Blok A. Jumlah rumah ialah 48 buah, jumlah pembayar 6 unit rumah. Adakah di blok A hanya ada 6 rumah sahaja yang berpenghuni?. Cuba anda semua bayangkan bagaimana kerja-kerja penyenggaraan hendak dilaksanakan sekiranya hanya sekitar RM 1700.00 (satu ribu tujuh ratus ringgit sahaja ) dapat dikutip sepanjang tahun 2009  Apa boleh buat dengan wang sejumlah itu?. Bil elektrik sahaja pun tidak cukup sebab sudah RM 3138.45 setahun untuk blok A dan bagi kesemua 10 blok dah RM 42404.01 . Premium insurans kebakaran sahaja dah RM 1093.00 setahun untuk blok A sahaja. Sedangkan pelbagai kerja perlu dilakukan untuk kawasan ini khususnya untuk membaiki elektrik, saluran kumbahan, pembersihan, bil elektrik, lanskap, kos pentadbiran, dan sebagainya


Kalau nak dibandingkan dengan blok H, J dan K jumlah penghuni di blok tersebut jauh lebih sedikit kalau nak dibandingkan dengan blok A tetapi kutipan untuk blok tersebut tidaklah seteruk di blok A. Harap penghuni di kawasan ini sentiasa memikirkan permasalahan yang dihadapi oleh pihak pengurusan sekiranya kutipan kurang dari 10 peratus.


Dari segi perkhidmatan mereka mengharapkan kelas pertama dan diharap dari segi bayaran pula perlulah berada di kelas pertama.


Harap semua penduduk dapat beri pandangan untuk meningkatkan khidmat kepada penduduk dengan hanya wang yang jauh dari mencukupi. Pandangan anda amatlah diharapkan dan dihargai



Dilarang sidai kain terbuka di kediaman bertingkat tahun depan

Posted by lestariperdana on December 28, 2008 at 5:31 AM Comments comments (0)
PUTRAJAYA: Mulai tahun depan, penghuni kediaman bertingkat seperti rumah pangsa dan pangsapuri tidak lagi dibenarkan menyidai pakaian secara terbuka seperti sekarang. Satu garis panduan berhubung perkara itu akan dikeluarkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan bangunan kediaman baru memiliki kemudahan ampaian seperti ditetapkan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Pesuruhjaya Bangunan (COB) akan ditugaskan bagi memastikan peraturan baru itu dipatuhi, termasuk menyediakan tempat dan peralatan khusus kepada penghuni kediaman terbabit. “Kita akan cuba melalui COB untuk ambil tindakan bagi menguatkuasakan perkara ini dan tindakan seperti menyediakan tempat yang khusus dan peralatan yang sepatutnya disediakan akan diambil. “Sekiranya tindakan ini tidak berkesan maka, pindaan ke atas undang-undang sedia ada akan dipertimbangkan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Negara Untuk Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-61 di sini, hari ini.

Rss_feed

Recent Blog Entries

by lestariperdana | 0 comments
by lestariperdana | 3 comments
by lestariperdana | 3 comments
by lestariperdana | 1 comment

Upcoming Events

No upcoming events

Featured Products

No featured products