Badan Pengurusan Bersama Apartment dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana

"Bantulah Kami Untuk Membantu Anda"

Blog

Dilarang sidai kain terbuka di kediaman bertingkat tahun depan

Posted by lestariperdana on December 28, 2008 at 5:31 AM
PUTRAJAYA: Mulai tahun depan, penghuni kediaman bertingkat seperti rumah pangsa dan pangsapuri tidak lagi dibenarkan menyidai pakaian secara terbuka seperti sekarang. Satu garis panduan berhubung perkara itu akan dikeluarkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan bangunan kediaman baru memiliki kemudahan ampaian seperti ditetapkan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Pesuruhjaya Bangunan (COB) akan ditugaskan bagi memastikan peraturan baru itu dipatuhi, termasuk menyediakan tempat dan peralatan khusus kepada penghuni kediaman terbabit. “Kita akan cuba melalui COB untuk ambil tindakan bagi menguatkuasakan perkara ini dan tindakan seperti menyediakan tempat yang khusus dan peralatan yang sepatutnya disediakan akan diambil. “Sekiranya tindakan ini tidak berkesan maka, pindaan ke atas undang-undang sedia ada akan dipertimbangkan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Negara Untuk Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-61 di sini, hari ini.

Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

Recent Blog Entries

by lestariperdana | 0 comments
by lestariperdana | 3 comments
by lestariperdana | 3 comments
by lestariperdana | 1 comment

Upcoming Events

No upcoming events

Featured Products

No featured products