Badan Pengurusan Bersama Apartment dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana

"Bantulah Kami Untuk Membantu Anda"

Blog

Kenapa tidak bayar yuran selenggara?

Posted by lestariperdana on April 3, 2010 at 9:14 PM

Badan Pengurusan Bersama telah melakukan pelbagai usaha bagi memastikan kawasan perumahan ini sentiasa berada dalam keadaan sempurna tetapi kenapa sehingga sekarang penduduk masih enggan membayar bil selenggara. Sudah jenuh memikirkan untuk mengutip dana bagi menampung perbelanjaan tersebut antaranya ialah dengan mewujudkan pasar malam setiap hari khamis.


Sebagai contoh di Blok A. Jumlah rumah ialah 48 buah, jumlah pembayar 6 unit rumah. Adakah di blok A hanya ada 6 rumah sahaja yang berpenghuni?. Cuba anda semua bayangkan bagaimana kerja-kerja penyenggaraan hendak dilaksanakan sekiranya hanya sekitar RM 1700.00 (satu ribu tujuh ratus ringgit sahaja ) dapat dikutip sepanjang tahun 2009  Apa boleh buat dengan wang sejumlah itu?. Bil elektrik sahaja pun tidak cukup sebab sudah RM 3138.45 setahun untuk blok A dan bagi kesemua 10 blok dah RM 42404.01 . Premium insurans kebakaran sahaja dah RM 1093.00 setahun untuk blok A sahaja. Sedangkan pelbagai kerja perlu dilakukan untuk kawasan ini khususnya untuk membaiki elektrik, saluran kumbahan, pembersihan, bil elektrik, lanskap, kos pentadbiran, dan sebagainya


Kalau nak dibandingkan dengan blok H, J dan K jumlah penghuni di blok tersebut jauh lebih sedikit kalau nak dibandingkan dengan blok A tetapi kutipan untuk blok tersebut tidaklah seteruk di blok A. Harap penghuni di kawasan ini sentiasa memikirkan permasalahan yang dihadapi oleh pihak pengurusan sekiranya kutipan kurang dari 10 peratus.


Dari segi perkhidmatan mereka mengharapkan kelas pertama dan diharap dari segi bayaran pula perlulah berada di kelas pertama.


Harap semua penduduk dapat beri pandangan untuk meningkatkan khidmat kepada penduduk dengan hanya wang yang jauh dari mencukupi. Pandangan anda amatlah diharapkan dan dihargai



Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

Recent Blog Entries

by lestariperdana | 0 comments
by lestariperdana | 3 comments
by lestariperdana | 3 comments
by lestariperdana | 1 comment

Upcoming Events

No upcoming events

Featured Products

No featured products