Badan Pengurusan Bersama Apartment dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana

"Bantulah Kami Untuk Membantu Anda"

Blog

Kempen tutup TV

Posted by lestariperdana on April 16, 2010 at 1:26 PM

PETALING JAYA: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) meminta seluruh rakyat negara ini bersatu menjayakan Minggu Tidak Menonton Televisyen (MTMT) bermula semalam (21 April) hingga Isnin depan, yang bertujuan menggalakkan ibu bapa menutup televisyen di rumah dan menghabiskan lebih masa dengan anak.


Kempen ini adalah program keempat daripada 12 program yang dijalankan Fomca sepanjang tahun ini dalam usaha menyemai konsep cara hidup lestari dan menggalakkan rakyat Malaysia lebih bertanggungjawab dalam kehidupan mereka.

 

Ketua Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kempen MTMT membantu dalam menaikkan kesedaran bahawa masa menonton televisyen perlu dihadkan kepada kurang daripada dua jam sehari.

 

“Di kebanyakan negara, kanak-kanak dan golongan muda menghabiskan masa antara empat hingga enam jam sehari menonton televisyen dan bermain permainan video.


“Tabiat ini juga adalah punca utama berlakunya obesiti di kalangan dewasa dan kanak-kanak, selain wujudnya gaya hidup suka berseorangan dan tidak banyak membabitkan diri dengan aktiviti fizikal,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.


Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri

[email protected]

 


Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

Recent Blog Entries

by lestariperdana | 0 comments
by lestariperdana | 3 comments
by lestariperdana | 3 comments
by lestariperdana | 1 comment

Upcoming Events

No upcoming events

Featured Products

No featured products