Badan Pengurusan Bersama Apartment dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana

"Bantulah Kami Untuk Membantu Anda"

Blog

Sidang Parlimen - Badan Pengurusan Bersama

Posted by lestariperdana on December 17, 2010 at 6:24 PM

You need Adobe Flash Player to view this content.

Ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Serdang, PuanTeo Nie Ching, berhubung cadangan supaya Akta 663 dipinda Timbalan Menteri Perumahandan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lakim bin Haji Ukin menyatakan Kementerian Perumahan dan KerajaanTempatan (KPKT) berpandangan peruntukan undang-undang sedia ada di bawah AktaBangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663] bagitujuan kutipan caj penyelenggaraan dan tunggakan adalah memadai. Kuasa tersebuttelahpun diperuntukkan di bawah seksyen 32 dan seksyen 33 Akta 663.

            Di bawah seksyen 32 Akta 663, Badan PengurusanBersama atau JMB telah pun diperuntukkan kuasa untuk memungut cajpenyelenggaraan tertunggak dengan mengeluarkan notis tuntutan kepada pemilikpetak. Sekiranya pemilik petak tidak membuat pembayaran dalam tempoh 14 haridaripada tempoh notis yang diberi, JMB boleh mengambil tindakan mahkamah ke

ataspemilik-pemilik petak berkenaan.

Seksyen33 Akta 663 juga memberikan kuasa kepada JMB untuk memohon bantuan daripada PesuruhjayaBangunan atau COB untuk mengeluarkan notis pembayaran dan mengambil tindakanpenahanan harta alih terhadap pemilik petak yang masih tidak membuatpembayaran. Harta alih pemilik yang ingkar boleh dilelong melalui lelongan awamuntuk menampung tunggakan caj pemilik petak.

Ketikamenjawab soalan tambahan Puan Teo NieChing yang kurang setuju dengan jawapan yang dikemukakan oleh TimbalanMenteri kerana setiap hari dilaporkan dalam media berhubung masalah melibatkanpenyenggaraan dan tunggakan bil, DatukSeri Panglima Haji Lajim berkata untuk mengatasi masalah ini JMBmempunyai kuasa untuk memotong bekalan air dan elektrik.

Katanyalagi pada tahun 2009 dan 2010 seramai 235 orang telah pun dibawa ke mahkamah untukdibicarakan.

Merekayang tidak membayar sebenarnya ialah orang yang sengaja tidak membayar dansering menyalahkan JMB kerana memberi perkhidmatan yang tidak memuaskan. Pada tahun2009,  sebanyak 10,640 aduan telahditerima dan pada tahun 2010 bermula Januari sehingga 31 Jun KPKT telah menerimasebanyak 7,174 aduan. Kesemua aduan itu telahpun dikemukakan kepada JMB untukdiambil tindakan.

Datuk Seri Panglima Haji Lajim juga menjelaskan pememilihan Jawatankuasa PengurusanBersama atau JMC dilakukan di peringkat perumahan itu sendiri dan akan menentukantindakan-tindakan dan juga caj-caj yang perlu dikenakan kepada mereka yang menghunidi kawasan tersebut.

 


Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

Recent Blog Entries

by lestariperdana | 0 comments
by lestariperdana | 3 comments
by lestariperdana | 3 comments
by lestariperdana | 1 comment

Upcoming Events

No upcoming events

Featured Products

No featured products