Badan Pengurusan Bersama Apartment dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana

"Bantulah Kami Untuk Membantu Anda"

Blog

Tugas dan kuasa Badan Pengurusan Bersama

Posted by lestariperdana on December 5, 2010 at 7:40 AM

Secara umumnya ramai yang berpandangan badan pengurusan bersama hanya menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan semata - mata. Ramai yang masih tidak mengetahui Tugas dan kuasa yang ada pada Badan Pengurusan Bersama. berikut adalah secara ringkasnya tugas yang patut diketahui oleh semua pembeli dan penghuni ;-

Kewajipan badan pengurusan bersama adalah seperti yang berikut:

 1.      untuk menyenggarakan dan menguruskan dengan sepatutnya bangunanatau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama,dan menjaganya dalam keadaan yang baik dan pembaikan yang dapat digunakan;

 2.      untuk menentukan dan mengenakan caj yang kena didepositkan kedalam akaun penyenggaraan bagi maksud penyenggaraan dan pengurusan yang patutbagi bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepadapetak-petak dan harta bersama;

 3.      untuk menentukan dan mengenakan caruman kepada kumpulan wangpenjelas yang kena didepositkan ke dalam akaun kumpulan wang penjelas bagimaksud membayar perbelanjaan yang sebenar atau yang dijangkakan;

 4.      untuk mengambil insurans mengikut Akta ini atau menginsuranskanterhadap apa-apa risiko lain sebagaimana yang diarahkan oleh pemunya petakmelalui ketetapan khas;

 5.      untuk mematuhi apa-apa notis atau perintah yang diberikan ataudibuat oleh pihak berkuasa tempatan atau mana mana pihak berkuasa awam yangberwibawa yang menghendaki pemberhentian apa-apa kacau ganggu ke atas hartabersama, atau yang memerintahkan pembaikan atau kerja lain yang hendaklahdilakukan berkenaan dengan harta bersama itu atau penambahbaikan lain kepadaharta bersama itu;

 6.      untuk menyediakan dan menyenggarakan suatu daftar bagi kesemuapemunya petak bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepadapetak petak;

 7.      untuk memastikan bahawa akaun yang dikehendaki untuk disenggarakanoleh badan pengurusan bersama di bawah Akta ini diaudit dan untuk menyediakanpenyata kewangan teraudit bagi makluman kepada anggotanya;

 8.      untuk menguatkuasakan undang-undang kecil; dan

 9.       untuk melakukan apa-apa benda lain yang suai manfaat atau perlubagi penyenggaraan dan pengurusan yang patut bagi bangunan atau tanah yangdicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama.

 

 

 

 

 

 

 

Kuasa badan pengurusan bersama adalah seperti yang berikut:

 1.     untuk memungut cajdaripada pemunya petak mengikut kadar unit syer yang diumpukkan bagi petakmereka masing-masing;

 2.     untuk memungut carumankepada kumpulan wang penjelas daripada pemunya petak;

 3.     untuk membenarkanperbelanjaan bagi menjalankan penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanahyang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama;

 4.     untuk mendapatkandaripada mana-mana pemunya petak apa-apa jumlah wang yang dibelanjakan olehbadan pengurusan bersama berkenaan dengan petak itu dalam mematuhi apa-apanotis atau perintah

 5.     untuk membeli, menyewaatau selainnya memperoleh harta alih bagi kegunaan pemunya petak yang berkaitandengan penikmatan harta bersama mereka;

 6.     untuk mengambil ataumengatur dan mendapatkan perkhidmatan mana-mana orang atau ejen untuk mengusahakanpenyenggaraan dan pengurusan harta bersama bagi bangunan atau tanah yangdicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dengan syarat bahawa jikaorang atau ejen itu adalah seseorang pihak ketiga yang bebas, dia hendaklahmerupakan seseorang pengurus harta berdaftar;

 7.     untuk membuat undang-undangkecil tambahan bagi penyenggaraan dan pengurusan yang patut bagi bangunan atautanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan hartabersama; dan

 8.     untuk melakukan segalaperkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan kewajipannya dan bagipenguatkuasaan undang-undang kecil.

 

 Akaun penyenggaraan hendaklah digunakan semata-mata bagi maksudmembayar perbelanjaan am atau lazim yang sebenar atau yang dijangkakan yangperlu berkenaan dengan perkara yang berikut:

 1.     menyenggarakan hartabersama dalam keadaan yang baik secara hari ke hari;

 2.     membayar perbelanjaanyang dilakukan dalam menyediakan perkhidmatan pembersihan bagi harta bersama, perkhidmatankeselamatan dan kemudahan bagi penghuni bangunan;

 3.     membayar apa-apapremium bagi insurans atau apa-apa insurans lain yang diluluskan oleh suatuketetapan khas pada mesyuarat agung;

 4.     mematuhi apa-apa notisatau perintah yang diberikan atau dibuat oleh pihak berkuasa tempatan berkenaandengan pemeriksaan berkala bagi mana-mana bangunan di dalam kawasan pemajuanmengikut cara yang dinyatakan dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974;

 5.     kerja pengecatan yangkecil pada premis harta bersama;

 6.     menjalankan pemeriksaanbagi semua sistem pendawaian elektrik harta bersama itu dan menggantikan ataumembaiki mana-mana sistem pendawaian yang rosak, jika ada;

 7.     menjalankanpemeriksaan, penyenggaraan dan pembaikan tangki air utama;

 8.     membayar sewa dankadar, jika ada;

 9.     membayar apa-apa fiyang dilakukan bagi pengauditan akaun yang dikehendaki untuk disenggarakan olehbadan pengurusan bersama;

10. membayar semua caj yangsemunasabahnya dilakukan bagi pentadbiran akaun yang dikehendaki untukdisenggarakan oleh badan pengurusan bersama sebagaimana yang ditentukan olehPesuruhjaya;

 11. membayar saraan atau fibagi ejen pengurusan yang dilantik;

 12. membayar elaun danbelanja lain bagi anggota badan pengurusan bersama dan anggota jawatankuasapengurusan bersama mengikut apa-apa kadar yang diluluskan oleh Pesuruhjaya;

13. membayar apa-apabelanja, kos atau perbelanjaan berhubung dengan pemerolehan perkhidmatan,termasuk pengambilan khidmat pakar runding, fi atau kos guaman dan fi dan koslain, yang dilakukan dengan sepatutnya atau diterima oleh badan pengurusanbersama dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya; atau

 14.  membayar perbelanjaan lain yang bersifat am atau lazim yangberhubungan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yangdicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama.

 



Secara umumnya dibawah kawasan pentadbiran badan pengurusan bersama terdapat sekurang-kurangnya tiga pihak yang terlibat secara langsung


1. Badan Pengurusan Bersama

2. Pihak Berkuasa Tempatan

3. Pemaju

Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

3 Comments

Reply ismail
8:16 PM on November 26, 2011 
bolehkah jmc melantik jawatan timbalan pengerusi di kalangan pemilik petak bukan dari kalangan jmc atau ajk?
Reply rahman
1:47 AM on December 1, 2011 
JMC mestilah dilantik daripada kalangan ahli JMB..
Reply Siti Nurul-Huda
9:10 PM on June 25, 2013 
Adakah badan pengurusan berhak mengambil tindakan pada pembeli yang tidak menjelaskan caj penyelenggaraan atau mempunyai tunggakan caj dengan melakukan pemotongan air/elektrik tanpa sebarang notis yang dinyatakan didalam akta 663/757.

Apakah hak pembeli bagi menafikan tindakan badan pengurusan yang bentindak tanpa menurut peraturan yang termaktub didalam akta yang telah ditetapkan.

Dimanakah pembeli boleh membuat aduan berkenaan dengan kesalahan yg di lakukan oleh badan pengurusan.
agaimana

Recent Blog Entries

by lestariperdana | 0 comments
by lestariperdana | 3 comments
by lestariperdana | 3 comments
by lestariperdana | 1 comment

Upcoming Events

No upcoming events

Featured Products

No featured products