Badan Pengurusan Bersama Apartment dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana

"Bantulah Kami Untuk Membantu Anda"

New highway will have 7 interchanges

2011/09/02
By Farhana Syed Nokman
streets@nstp.com.my



Overall Alignment For Skip
Overall Alignment For Skip
SUBANG JAYA: Motorists in Seri Kembangan will soon have a new highway, the Serdang-Kinrara-Putrajaya Expressway (SKIP).

Sri Kembangan state assemblyman Ean Yong Hian Wah said the traffic congestion had become a nightmare for some 100,000 people in Seri Kembangan.

"There is only one way in and out on the PLUS Highway through Sungai Besi Toll Plaza to Seri Kembangan and it is congested both during and off peak hours, " said Yong.


SKIP will consist of seven interchanges on its 17km stretch. "The interchanges will be at Bandar Kinrara, Bandar Putra Permai, two interchanges near Putrajaya, Lestari Perdana and two in Seri Kembangan.

"The project will probably start early next year and it will take three years to complete. It is estimated to cost about RM2 billion," said Yong.

He said with the new highway, traffic congestion will be reduced and it will be easy for the motorists to get to Seri Kembangan without going into the old town.


Member of parliament for Serdang Teo Nie Ching said the traffic congestion in Seri Kembangan is at level F, which is bad.

"Presently, 200,000 motorists use the road daily," said Teo.

"SKIP will make it easier for motorists to get to their destinations.


"The property value in UPM and The Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) will also go up," said Teo during the press conference.

However, there are concerns regarding the construction work.

"We expect traffic congestion during construction and hope the inconvenience to motorists will be minimised," added Teo.

Highway to link Kinrara, Serdang and Putrajaya
Tuesday August 30, 2011
By THO XIN YI
thoxinyi@thestar.com.my

A HIGHWAY linking Kinrara, Serdang and Putrajaya with seven interchanges, is in the pipeline.

The 17km Serdang-Kinrara-Putrajaya Expressway (Skip) will have three main toll plazas and two on the ramps.

The highway, which starts near the Giant Hypermarket in BK 5a in Puchong, will pass by the Ayer Hitam Forest Reserve and head towards Taman Lestari Perdana. From this point, the highway will be split into two directions.

The first will go through Taman Putra Permai and eventually connect the South Klang Valley Expressway.

Image

The second will connect Taman Universiti Indah and Sri Sedang and then link to the Besraya Highway.

Its concessionaire and the Malaysian Highway Authority briefed the Subang Jaya Municipal Council (MPSJ) last week.

MPSJ councillor Ng Sze Han said the council welcomed the project that would reduce traffic jam in Jalan Besar, Serdang, and part of Damansara-Puchong Highway (LDP) in front of the IOI Mall in Puchong.

“Motorists from the Sunway toll plaza on the LDP can get into Skip near the Giant Hypermarket in Puchong, to head towards Putrajaya and Cyberjaya.

“According to the traffic impact assessment, the highway will ease the congestion on the LDP in front of IOI Mall,” he said.

Also in the pipeline is the Kinrara Damansara Expressway, linking Kinrara and Pusat Bandar Damansara, which will further reduce congestion on the LDP.

He added that the Skip concessionaire presented three alignment options and the council would most likely choose the one which would least affect private properties, schools and religious sites.

“We have also voiced our concern regarding the stretch of Skip near the Ayer Hitam Forest Reserve.

“We requested them to minimise the impact on the ecology by going along the forest border,” he said.

Details on the concession period and toll fare are not available yet.

“The construction of the highway will start at the end of next year and is expected to be completed in 2016,” Ng said.

Panduan yuran senggara diwujud

PETALING JAYA 17 Julai - Satu garis panduan tentang kaedah pengiraan kos yuran penyelenggaraan kediaman bertingkat di Selangor akan dikeluarkan sebagai rujukan kepada pihak pengurusan dan penduduk supaya tiada mana-mana pihak merasa tertipu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Ir Iskandar Abdul Samad berkata, garis panduan tersebut dijangkakan dapat dikeluarkan dalam masa satu bulan lagi.

Katanya, penyediaan garis panduan tersebut dapat memberikan penjelasan kepada penduduk mengenai yuran penyelenggaraan yang berpatutan dengan kemudahan dan kawasan rumah mereka.

"Garis panduan ini akan bergantung kepada keluasan rumah bertingkat tersebut di samping bilangan rumah dan juga kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti gim dan sebagainya.

"Jika bilangan rumah di kawasan itu sedikit maka sudah tentulah kosnya lebih tinggi. Namun, kadang-kadang ada juga penduduk yang menganggap kos yuran penyelenggaraan rumah mereka tinggi sedangkan ia sebenarnya adalah berpatutan," kata nya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan hadiah pada Majlis Penyampaian Anugerah Kediaman Idaman 2011 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini baru-baru ini.

Menurut Iskandar, apabila garis panduan itu dikeluarkan kelak, ia juga dapat menjadi rujukan kepada Badan Pengurusan Bangunan (JMB) dalam mengenakan yuran yang sewajarnya kepada penduduk.

"Buat masa ini, penduduk boleh membuat rujukan di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kos penyelenggaraan rumah kediaman bertingkat," ujarnya.


Sumber : Utusan Malaysia 18 julai 2011

Pemaju sedia serah tanah

Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my
    

SUBANG JAYA: Pemaju yang bertanggungjawab ke atas projek berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Desaminium dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desaminium Bandar Putra Permai, Seri Kembangan dekat sini, bersedia menyerahkan tanah milik mereka kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk tujuan pembinaan jalan raya.

Kesediaan Desaminium Sdn Bhd itu berupaya menyelesaikan masalah yang membelenggu kira-kira 1,600 pelajar kedua-dua sekolah terbabit yang terpaksa berjalan hampir satu kilometer untuk sampai ke sekolah terutama murid sekolah rendah.


Pengarah Eksekutifnya, Nelen Tan, berkata pihaknya bersedia memberikan tanah itu kerana tidak mempunyai perancangan bagi tujuan itu dalam masa terdekat yang mana setiap pembangunan dijalankan mengikut fasa.

“Kita tidak mempunyai masalah untuk membina jalan di kawasan itu sekiranya membangunkan kawasan sama. Bagaimanapun, dalam hal ini, saya berpendapat KPM seharusnya membina jalan.


“Malah, dalam mesyuarat bersama KPM dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang diadakan, MPSJ juga bersetuju memberikan beberapa syarat kepada KPM untuk membina jalan keluar dan masuk,” katanya.


Bagaimanapun, Nelen berkata, setiap kali isu ini dibangkitkan dalam perbincangan, KPM memaklumkan tidak mempunyai peruntukan untuk menyediakan kemudahan jalan raya di sekolah berkenaan.

Sementara itu, Yang DiPertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikhsan (gambar) , berkata pihaknya sedia maklum mengenai masalah berkenaan tetapi menjelaskan ia tidak terletak di bawah bidang kuasanya.


Adnan berkata perbincangan sudah diadakan antara MPSJ bersama KPM dan pemaju sendiri dalam usaha mencari alternatif menyelesaikan masalah ketiadaan jalan raya membabitkan tiga jalan iaitu Jalan Persiaran Desaminium 1, Jalan Arif dan Persiaran Arif berbentuk U.

“Masalah timbul apabila jalan hanya dibina daripada bulatan hingga ke pintu masuk sekolah menengah sehingga berlakunya masalah kesesakan disebabkan ibu bapa dan pelajar menggunakan jalan itu pada waktu yang sama,” katanya.


Harian Metro 29 Januari 2011

Sentral: Jalan sekolah terbengkalai
Oleh Siti Haliza Yusop
shyusop@bharian.com.my
2011/01/21

SATIM (depan tiga dari kanan) meninjau persekitaran SRK Taman Desaminium, di Seri Kembangan.
SATIM (depan tiga dari kanan) meninjau persekitaran SRK Taman Desaminium, di Seri Kembangan.
Murid rentasi perjalanan lebih setengah kilometer ke SK Taman Desaminium

SERI KEMBANGAN: Selepas tertangguh selama enam tahun, kompleks sekolah rendah dan menengah berharga RM32 juta di Taman Desaminium, di sini beroperasi sejak 3 Januari lalu tetapi amat menyedihkan kerana kemudahan infrastrukturnya tidak sempurna khususnya laluan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Desaminium.
Murid terpaksa merentasi perjalanan lebih setengah kilometer dari pintu masuk kompleks itu.
Mengikut pelan asal SK Taman Desaminium dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desaminium yang berkongsi padang, dua sekolah itu mempunyai pintu masuk berasingan, tetapi malangnya jalan ke SK Taman Desaminium belum disiapkan, selain dihadang bongkah simen sebesar pemeluk.

Kira-kira 1,000 murid SK Taman Desaminium perlu merentasi padang SMK Taman Desaminium sambil menggalas beg sekolah yang berat kerana ibu bapa hanya dibenar menurunkan anak mereka di depan pagar kompleks berkenaan.

Jika jalan berkenaan disiapkan serentak dengan pembinaan sekolah itu, ibu bapa dapat menghantar anak mereka terus di depan pintu masuk, sekali gus masalah kesesakan dan bahaya kenderaan bertali arus di bulatan Jalan Rimba, Lestari Perdana menuju ke sekolah juga dapat dikurangkan.

Tinjauan Sentral mendapati kedudukan pintu utama kompleks sekolah di kawasan seluas enam hektar tidak sampai 20 meter dari bulatan ke kondominium berhampiran hingga menyebabkan kesesakan luar biasa pada waktu puncak, manakala kenderaan ibu bapa pula diletakkan berlapis sepanjang jalan hingga ke bulatan.
Keadaan sesak itu membimbangkan ibu bapa di kawasan berdekatan untuk ‘melepaskan’ anak mereka berjalan kaki atau berbasikal sendirian memandangkan risiko kemalangan lebih tinggi sejak sesi awal persekolahan.

Juruteknik, Mohd Shamsul Ilyas, 34, berkata pihaknya berharap kerajaan negeri mencari penyelesaian menangani isu itu kerana keselamatan dan kebajikan murid harus diutamakan.

“Apabila mula mendaftarkan dua anak di sekolah itu, saya sudah nampak kekalutan bakal dihadapi kerana kami terpaksa meletakkan kenderaan berlapis di tepi jalan untuk menghantar anak ke bangunan sekolah.

“Minggu pertama sekolah, kami boleh lagi menemani anak sambil membawakan beg sekolah yang berat tetapi keadaan berubah selepas bulan seterusnya kerana anak terpaksa berjalan jauh.

“Keadaan itu menyebabkan anak mudah penat sebaik saja mata pelajaran pertama bermula,” katanya yang tinggal di Puncak Jalil, kira-kira lima kilometer dari sekolah itu.

Bagi peniaga, Murniwati Mohd Aminuddin, 30, kebimbangan terhadap keselamatan anaknya di Tahun Empat yang berbasikal ke sekolah membuatkannya berharap ada alternatif dilakukan pihak berkaitan untuk memastikan tahap pemantauan serta kawalan keselamatan diambil kira.

“Saya menggalakkan anak berbasikal, tetapi hingga kini, belum berani membiarkannya berbasikal sendirian kerana kenderaan banyak, malah tiada petugas lalu lintas di depan pagar kecuali pengawal keselamatan menjaga pintu pagar utama.

“Sementara laluan terus ke SK Taman Desaminium belum disiapkan pemaju yang dipertanggungjawabkan, saya harap keselamatan pelajar yang berulang alik berjalan kaki atau berbasikal juga perlu diberi perhatian,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Serdang, Datuk Satim Diman berharap kerajaan negeri mempercepatkan pembinaan kemudahan infrastruktur yang sepatutnya siap serentak dengan bangunan sekolah demi keselesaan dan keselamatan pelajar.

“Kita akan berjumpa pemaju, malah tinjauan mendapati laluan ke SK Taman Desaminium sudah dibersihkan tetapi belum berturap menyebabkan lalang kembali meliar, manakala kiri kanan jalan dipenuhi semak.

“Jika kerajaan negeri mengutamakan pendidikan generasi pelapis, jangan cuba mempolitikkan masa depan murid yang berdepan kesulitan dan bahaya jika tindakan susulan tidak diambil segera,” katanya selepas melakukan lawatan kerja.

Hadir sama, bekas Ahli Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hoon. Beliau adalah antara individu yang memperjuangkan pembinaan sekolah berkenaan dengan perancangan awal sekitar 2004 dan hanya tiga tahun kemudian dibangunkan tetapi disebabkan masalah tanah, projek berkenaan tertangguh hingga berjaya disiapkan baru-baru ini.

Satim turut meninjau persekitaran SK Taman Desaminium yang masih memerlukan penambahbaikan khususnya ketiadaan besi penutup longkang di sekitar lokasi tumpuan murid termasuk tepi kantin yang membahayakan.

Sekolah kongsi laluan masuk



SERI KEMBANGAN – Ibu bapa murid Sekolah Kebangsaan Desaminium, Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di sini melahirkan keresahan apabila sekolah yang baru dibuka bermula semalam itu tiada jalan keluar masuk ke pintu pagar utama.

Difahamkan, murid dari sekolah rendah itu terpaksa berkongsi satu pintu pagar dan laluan dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Desaminium yang terletak bersebelahan.

Situasi itu bukan sahaja menyebabkan kesesakan berikutan ibu bapa tidak dapat menurunkan anak mereka di depan pintu sekolah masing-masing, malah murid-murid terpaksa berjalan jauh untuk ke bangunan sekolah selain risiko keselamatan yang timbul kerana pintu masuk terletak berhampiran bulatan.

Seorang bapa yang ditemui Sinar Harian, Ramli Abdul Jalal, 49, berkata, pada hari pertama persekolahan semalam anaknya mengadu terpaksa berjalan jauh ke bangunan sekolah yang terletak agak jauh ke belakang berbanding sekolah menengah.

Menurutnya, menyulitkan keadaan apabila kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam pintu pagar utama untuk ke sekolah rendah.

“Memang boleh dikatakan jauh apabila murid-murid terpaksa berjalan lebih 500 meter ke bangunan sekolah. Kasihan apabila mereka perlu membawa muatan beg sekolah lagi.

“Ini boleh menjejaskan tumpuan pembelajaran kerana apabila sampai sahaja di dalam kelas mereka sudah penat,” katanya.

Seorang lagi bapa, Wan Hilaluddin Wan Hussein, 48 berkata, apabila sekolah baru dibina, sepatutnya kemudahan infrastruktur disediakan oleh pihak berwajib dengan segera.

Katanya, jalan yang tidak siap menimbulkan ketidakselesaan kepada murid-murid.

“Tiga anak saya bersekolah di sekolah rendah. Mereka ke sekolah menaiki basikal menyebabkan saya bimbang mereka terpaksa berhimpit-himpit dengan pelajar sekolah menengah untuk melalui pintu utama,” katanya.

Seorang lagi bapa, Jamaludin Bakar, 41, berkata, apa yang menjadi isu apabila ibu bapa sukar menurunkan anak daripada kenderaan.

“Sudahlah pintu hanya ada satu dan terpaksa dikongsi, kedudukannya yang terletak berdekatan bulatan memang membahayakan keselamatan anak,” katanya.

Sinar Harian, 4 Januari 2011

Kutipan hutang dikembali

SUBANG JAYA – Hutang yang berjaya diperoleh Kerajaan Negeri daripada syarikat Talam Corporation akan dikembalikan kepada rakyat melalui program pembasmian kemiskinan bandar (PPKB).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, daripada jumlah berjaya dikutip, RM20 juta akan digunakan dan sudah diluluskan di bawah Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Sebelum ini kita sudah menurunkan peruntukan RM50 juta untuk program mikrokredit dalam usaha pembasmian kemiskinan di desa.

“Melalui peruntukan yang baru diluluskan ini ia akan digunakan untuk memberi peluang kemahiran dan diikuti pekerjaan untuk membolehkan golongan miskin dapat berdikari,” katanya.

Beliau berkata, kemiskinan di bandar lebih dilihat berat daripada di kawasan desa kerana, di bandar untuk makan, minum duduk dan sebagainya semuanya perlukan duit untuk dibeli.

“Ia berbeza dengan duduk di kampung yang mana mereka boleh memetik ulam-ulam secara percuma dan tidak perlu membayar banyak perkara.

“Di pihak Kerajaan Negeri, kita akan memikirkan cara yang berbeza untuk selesaikan kemiskinan di kedua-dua kawasan ini,”katanya selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) dan Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Hotel Grand Dorset di sini malam kelmarin.

Dalam program itu, beliau melalui peruntukan MPSJ menyampaikan sumbangan kepada 24 wakil JKP untuk diagihkan kepada 480 keluarga.

Lima JKP turut terpilih menerima peruntukan RM30,000 untuk PPKB menerusi beberapa program kemahiran termasuk bengkel menjahit (JKP Zon 5); bengkel automatif (JKP Zon 12); bengkel pembuat kek (JKP Zon 15); bengkel membaiki penghawa dingin (JKP Zon 18) dan bengkel komputer (JKP Zon 21).

Sementara itu, Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikshan berkata, tahun ini Majlis memperuntukan RM300,000 untuk PPKB berbanding RM100,000 pada tahun sebelumnya.

“Ia bertujuan membantu golongan sasar dan kita turut mengadakan beberapa program perkongsian pintar dengan agensi berkaitan.

“Antara yang dianjurkan termasuklah program bengkel IT membabitkan ibu tunggal, bengkel seni jahit dan sulaman kreatif, program pembangunan usahawan dan program ‘zero to hero’ serta ‘train and place’,”katanya.

Sinar harian edisi selangor /kl 18 ogos 2010

Standard urus harta diperkenal

KUALA LUMPUR 28 Julai - Standard Pengurusan Harta Malaysia yang diperkenalkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH) diyakini mampu menangani masalah dalam mengurus dan menyelenggara bangunan.

Malah, standard itu wajar diguna pakai sebagai panduan mengurus oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) di pangsapuri di Lembah Klang.

Presiden LPPEH, Datuk Abdullah Thalith Md. Thani berkata, standard yang mula diedarkan sejak Jun lalu itu merupakan panduan hartanah paling terkawal dan lengkap terutama dalam pengurusan bangunan bertingkat.

Menurutnya, ia digubal memandangkan terdapat banyak aduan daripada pemilik berhubung pengurusan bangunan bertingkat seperti kondominium dan pangsapuri yang diterima oleh pihaknya.

Katanya, kod amalan yang dikeluarkan dalam bentuk buku yang mengandungi kira-kira 27 muka surat itu antaranya menerangkan beberapa perkara berkaitan pengurusan bangunan seperti definisi badan pengurusan dan penyenggaraan, perundangan, pengurusan pentadbiran dan sebagainya.

"Di bawah standard itu juga diterangkan mengenai peranan dan fungsi pengurus harta, pelantikan pengurus harta, pengurusan bangunan, selain pengurusan kewangan bagi membolehkan ia lebih mudah difahami," ujarnya selepas melancarkan Standard Pengurusan Harta Malaysia di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, sebanyak 30 wakil pihak berkuasa tempatan terutamanya dari Lembah Klang menerima buku panduan tersebut untuk dijadikan rujukan.

Beliau berkata, memandangkan JMB ialah satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh pemilik atau penduduk sendiri, kebanyakan mereka mempunyai pengetahuan amat terhad dalam bidang pengurusan harta.

Sebaliknya, pengurus harta sepatutnya ialah badan profesional yang diiktiraf oleh LPPEH, terlatih dan sangat mahir di dalam selok-belok penjualan, perundangan dan perbankan.

Beliau turut berharap dengan pengenalan standard amalan itu, ia akan membantu meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan pengurusan dan penyenggaraan mengikut undang-undang sedia ada.

"Lebih daripada itu, ia akan membantu mewujudkan hubungan yang lebih baik antara pemilik dan pihak pengurusan harta," katanya.


Sumber : Utusan

COB Perlu Guna Kuasa Bantu JMB Dan MC Urus Dan Senggara Bangunan Strata

COB Perlu Guna Kuasa Bantu JMB Dan MC Urus Dan Senggara Bangunan Strata

GEORGE TOWN, 31 Julai (Bernama) -- Pesuruhjaya Bangunan (COB) perlu menggunakan kuasa yang ada memandangkan sebahagian daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) bagi bangunan berstrata tidak berfungsi dengan berkesan dalam kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan bagi bangunan berstrata.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung berkata ini kerana masih banyak masalah yang timbul seperti pembeli atau pemilik bangunan tidak membayar caj penyelenggaraan kepada pihak pengurusan, kutipan caj penyelenggaraan dan dana pembayaran hutang tidak cukup untuk menampung kos penyelenggaraan dan membaik pulih bangunan.

"Oleh itu, COB perlu menggunakan kuasanya untuk membantu tugas JMB dan MC bagi menyelesaikan pertikaian yang timbul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pengurusan Bangunan Berstrata kepada JMB peringkat zon Utara pada hari Sabtu.

Chor berkata sehingga 31 Dis 2009 terdapat sebanyak 11,981 kawasan pemajuan berstrata telah dikenalpasti dan daripada jumlah itu 1,931 adalah bangunan berstrata yang terdapat di zon Utara iaitu Pulau Pinang (1,590), Perak (199) dan Kedah (142).

Beliau berkata daripada 11,981 hanya 5,480 kawasan pemajuan berstrata yang telah menubuhkan JMB dan MC.

Katanya kurang kefahaman mengenai peruntukan Akta 663 dan aspek pengurusan dan penyelenggaraan bangunan dan harta bersama merupakan punca utama pembeli dan pemilik bangunan tidak membayar caj penyelenggaraan kepada pengurusan.

Akta 663 merupakan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 yang telah diperkenalkan pada 12 April 2007.

Katanya akta tersebut diperkenalkan bagi mengatasi isu pembeli yang lewat memperoleh hak milik strata dan memperkemaskini kaedah penyelenggaraan dan pengurusan bangunan berstrata.

Chor juga mengingatkan penghuni bangunan berstrata supaya menjaga hubungan baik kerana setiap pembeli terikat dengan petak yang dibeli sebagai pelaburan seumur hidup.

"Semua penghuni berkongsi semua harta bersama seperti lif, tangga, taman, kolam, tangki, bumbung, paip kumbahan, bilik serbaguna dan lain-lain, oleh itu keputusan secara kolektif amat penting bagi mencari penyelesaian," katanya.

-- BERNAMA 31 Julai 2010

Guna model pengurusan pangsapuri Singapura

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bercadang mempraktikkan model pengurusan pangsapuri diguna pakai di Singapura bagi menangani masalah penduduk yang culas membayar bil penyelenggaraan khususnya di pangsapuri kos rendah swasta.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, di negara itu kerajaannya bersikap tegas dengan penduduk pangsapuri termasuk bertindak menyekat bekalan air dan elektrik jika masalah bayaran tidak diselesaikan.


Menurutnya, model seumpamanya akan dibentangkan di Parlimen dalam jangka masa terdekat berikutan masalah berkaitan bayaran bil penyelenggaraan penduduk pangsapuri menyebabkan bebanan kepada kerajaan.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan bantuan pam air dan perasmian surau At-Tohiriah di Pangsapuri Suci, di sini, semalam.


“Masalah penduduk yang tidak berdisiplin membayar bil penyelenggaraan sebenarnya bukan saja menyusahkan penduduk yang lebih bertanggungjawab berbuat demikian, malah kepada kerajaan apabila terpaksa menanggung kos kemudahan digunakan mereka sendiri.


“Sebagai contoh lebih 50 peratus Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri menghadapi kesulitan menguruskan pangsapuri mereka apabila wang tiada disebabkan perkara ini.


“Kementerian terpaksa menubuhkan Skim Tabung Penyelenggaraan untuk menangani masalah. Setakat ini kita ada peruntukan sebanyak RM35 Juta tetapi dana ini bukan untuk bayar bil penyelenggaraan, bil api atau bil air penduduk,” katanya.

Sumber : Harian Metro 30 Jun 2010

Tiada hasil, tiada cukai pintu

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
2010/04/22

SHAH ALAM: Kerajaan negeri bersetuju untuk tidak mengenakan cukai pintu kepada premis perniagaan dan rumah kedai yang belum diduduki atau mendapat sewa dan pemilik terbabit perlu membuat permohonan itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat exco semalam selepas mengambil kira dan melihat keadaan di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, Hulu Selangor kerana banyak rumah kedai dan premis perniagaan yang dimiliki pelabur tidak mendapat hasil berikutan tiada penyewa dan tidak diduduki.


Menurutnya, untuk permulaan, kerajaan negeri akan memberi fokus kepada Hulu Selangor terlebih dulu sebelum ia diperluaskan kepada PBT lain di seluruh Selangor.


“Permohonan ini boleh dibuat sekarang dan ia berkuat kuasa 1 Mei ini.


“Pemilik premis perniagaan boleh membuat permohonan kepada PBT Hulu Selangor untuk mengecualikan daripada membayar cukai sehingga mereka mendapat hasil atau menduduki premis itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini, semalam.

Tukar meter

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
2010/04/22 

SHAH ALAM: Penghuni pangsapuri atau strata di Selangor kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan negeri bersetuju memberikan 20 meter padu air percuma kepada perumahan bertingkat yang menggunakan meter air pukal.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad, berkata bagaimanapun kerajaan negeri meminta penduduk pangsapuri atau strata yang lain melakukan migrasi ke meter individu sebelum mereka boleh menikmati skim air percuma itu.


Menurutnya, bagi memastikan warga Selangor terutama yang berpendapatan rendah menikmati skim air percuma sebelum migrasi dapat dilakukan, kerajaan negeri akan mengeluarkan kupon yang bersamaan dengan nilai 20 meter air padu.


“Kupon ini akan diedarkan menerusi pesuruhjaya bangunan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada penduduk menerusi pemaju, ejen pengurusan, Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC).


“Skim ini akan dilaksanakan di beberapa kawasan perintis terlebih dulu mulai Jun ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, di sini, semalam.


Sehingga kini, terdapat 620 pembangunan pangsapuri kos rendah yang belum melakukan migrasi merangkumi 168,479 unit kediaman.


Iskandar berkata, kos pemberian air percuma kepada pangsapuri itu dianggarkan berjumlah RM24,422,715.84.


Katanya, bagaimanapun penyelesaian jangka panjang migrasi kepada meter individu mestilah dilakukan segera, sekali gus dapat memberi manfaat kepada warga Selangor.


Sementara itu, dalam kes berasingan, Iskandar berkata, masalah sijil layak menduduki (CF) membabitkan pemilik di lima pembangunan di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa selesai selepas kerajaan negeri bersetuju membuat satu kaedah untuk menyelesaikan masalah itu yang berlarutan sejak 2002.

Katanya, sebelum ini, pembangunan di situ hanya dikeluarkan sijil layak menduduki sementara (TCF) kerana terdapat jalan yang tidak lagi dibina dengan sepenuhnya oleh pemaju.


“Hari ini (semalam) kerajaan negeri setuju untuk melengkapkan pembinaan jalan itu dan kosnya akan dicaj kepada pemaju atau kumpulan syarikat pemaju terbabit.


“Oleh itu, sijil layak menduduki boleh dikeluarkan secepat mungkin untuk 1,521 unit kediaman terbabit,” katanya menambah majlis penyerahan itu akan dilaksanakan Khalid pada hari ini jam 8 malam di Jalan Widuri, Seksyen BB 18, Bukit Beruntung.

Tak bayar yuran punca tidak senggara

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Bagaimana penyenggaraan hendak dilakukan dengan sempurna dan mengikut jadual sekiranya hanya 20 peratus penduduk sahaja yang membayar caj bulanan.

Itulah yang dipersoalkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kepada penghuni Apartmen Sri Pulai, Puchong Hartamas yang mengadu apartmen itu tidak disenggara oleh pemaju.

MPSJ dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, masalah yang dihadapi penduduk di kawasan perumahan itu adalah kerana tiada pihak yang menguruskan apartmen sejak 1 September tahun lepas.

"Masalah itu menyebabkan sampah tidak dikutip selain tunggakan bil air dan elektrik sudah mencecah RM23,292.26 dan perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh 13 Januari lalu," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu adalah jawapan kepada laporan Utusan Malaysia yang menyiarkan kesengsaraan penduduk Apartmen Sri Pulai yang sudah lebih enam bulan menderita akibat pemaju yang menguruskan pangsapuri itu 'melarikan diri'.

Penduduk juga dikatakan ditinggalkan pemaju dalam keadaan serba daif tanpa bekalan air dan tiada penyenggaraan sistem kumbahan sejak setengah tahun lalu.

Kenyataan itu menjelaskan, pemaju apartmen itu, Five Star Development (Puchong) Sdn. Bhd. telah mengeluarkan notis penyerahan pengurusan bangunan kepada badan pengurusan bersama (JMB) Apartmen Sri Pulai pada 12 Jun dan 1 Ogos tahun lalu.

Justeru, pemaju terbabit telah menghentikan tindakan menguruskan bangunan itu pada 31 Ogos tahun lepas.

Bagi membantu penduduk, pihak MPSJ telah membuat lawatan tapak pada 23 Disember dan membantu membersihkan kawasan tersebut termasuk memotong rumput.

Jelas kenyataan itu lagi, pihak MPSJ juga sudah mengadakan mesyuarat pada 29 Disember tahun lepas dan mesyuarat kedua pada 17 Januari lepas bersama penduduk

"Selain itu, MPSJ dimaklumkan yang pemaju akan membantu JMB untuk mengambil alih pengurusan serta kerja-kerja pengurusan bangunan.

"Yang Dipertua MPSJ juga sudah meminta pemaju membaiki dewan selain merobohkan pondok haram yang didirikan di luar kawasan apartmen bagi memudahkan JMB menguruskan kawasan itu kelak," ujar kenyataan itu.

Pemaju gagal tubuh JMB akan didakwa

SHAH ALAM - Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pemaju perumahan yang gagal menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) sebelum 12 April tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad (gambar) berkata, mereka akan didakwa kerana melanggar Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663).

Katanya, mengikut statistik penubuhan JMB sehingga Disember 2008 hanya 26 peratus pemaju menubuhkan JMB dan langkah seterusnya adalah pendakwaan. Dalam peruntukan boleh didenda sehingga RM10,000.

“Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor akan mengadakan bengkel untuk mendakwa pemaju yang ingkar kerana arahan sudah diberi hampir setahun untuk menubuhkan JMB,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya semalam berhubung prosiding mesyuarat pertama JMB bagi semua kawasan pemajuan strata di negeri Selangor.

Menurutnya, garis panduan mengenai prosiding mesyuarat pertama badan pengurusan bersama bagi kawasan berkenaan diluluskan melalui Mesyuarat Kerajaan Negeri 21 Januari lalu dan berkuat kuasa serta-merta.

“Kaedah penyerahan notis pada mesyuarat pertama perlu secara sendiri atau melalui pos berdaftar; atau meletakkan notis atau perintah pada bahagian utama alamat perniagaan, petak atau kediaman akhir orang yang hendak disampaikan.

“Pengerusi pertama JMB boleh dipilih oleh anggota berhak mengundi yang hadir dan pengerusi berkenaan akan memulakan mesyuarat yang akan diambil alih oleh pengerusi tersebut,” katanya.

Menurutnya, garis panduan juga mencadangkan supaya hari mengadakan mesyuarat pertama JMB diadakan pada hari tidak bekerja, waktu yang bersesuaian dan bertempat di kemudahan komuniti sedia ada dalam kawasan pemajuan seperti pejabat pengurusan dan dewan.

Katanya, sebarang borang proksi hendaklah dikemukakan dengan notis mesyuarat pertama JMB dengan mematuhi syarat tidak kurang dari 14 hari.

“Pemakaian proksi hanya dibenarkan untuk mewakili pembeli bersama sahaja,” katanya.

Menurut beliau, garis panduan lengkap akan dikeluarkan dalam masa tiga bulan lagi manakala jangka masa panjang satu cadangan sedang dikaji untuk menubuhkan jabatan baru khusus bagi rumah bertingkat di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Malah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diminta mengambil inisiatif untuk membuat pindaan akta bagi melindungi hak pembeli," katanya

Rumah Kelab Lestari Perdana terbengkalai

Oleh Sarah Sulaiman

Penduduk rasa tertipu pemaju gagal siapkan kemudahan dijanjikan sejak 2004

SERI KEMBANGAN: Penduduk Lestari Perdana khususnya Desaminium Rimba dan Desaminium Flora di sini mempersoalkan kegagalan pemaju menyiapkan projek Rumah Kelab Lestari Perdana yang terbengkalai sejak 2004 tanpa sebarang notis.

Ini berikutan ketika membeli unit perumahan terbabit, mereka dijanjikan dengan pakej menarik termasuk dilengkapi pelbagai prasarana bertaraf lima bintang termasuk keahlian percuma rumah kelab berkenaan.

Lebih menyedihkan, kemudahan seperti kolam renang, padang golf, dewan sukan, pusat urut dan spa, bilik mesyuarat serta kemudahan asas lain yang dijanjikan di rumah kelab itu kini berlumut dan reput.


Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Adi, 26, mendakwa beliau sekeluarga berasa tertipu apabila promosi yang dijalankan pemaju tidak sama seperti apa yang dinikmati sekarang.

“Ketika pelancaran kondominium ini, kami sekeluarga dijanjikan dengan pelbagai kemudahan prasarana termasuk rumah kelab.

“Bagaimanapun, projek terbabit terbengkalai sejak 2004 tanpa ada usaha untuk menyiapkannya semula. Penduduk pula tidak dimaklumkan mengenai punca projek ini terbengkalai,” katanya kepada Sentral, semalam.

Seorang lagi pembeli yang enggan namanya disiarkan, berkata meskipun janji yang dibuat pemaju tidak dikotakan, sekurang-kurangnya penduduk perlu diberi penjelasan punca projek rumah kelab itu terbengkalai.

“Sayang sekali pembinaannya dihentikan kerana ia hanya membazirkan wang pembeli dan tapak pembinaan yang ditumbuhi lalang mencacatkan pemandangan kejiranan di sini,

“Keadaan ini menimbulkan tanda tanya penduduk kerana hasrat untuk beriadah bersama keluarga dengan kemudahan yang disediakan tidak dapat dilakukan dan ada yang terpaksa pergi jauh ke Putrajaya dan Shah Alam untuk beriadah,” katanya,

Sehubungan itu, beliau berharap Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dapat menyiasat masalah ini untuk kebaikan penduduk.

Bagi penduduk terawal di kediaman itu, Fazrul Othman, 31, berkata beliau kecewa apabila janji yang ditabur pemaju tidak ditunaikan sehingga sekarang.

“Saya membeli kondominium ini bagi menjadikannya sebagai rumah singgah bagi keluarga pada setiap hujung minggu memandangkan pakej yang ditawarkan seolah-olah sebuah pusat peranginan yang menarik dengan kemudahan taman rimba, tasik serta pusat riadah,

“Penduduk di kediaman ini seramai kira-kira 1,500 orang dan mereka juga mengharapkan pembangunannya diteruskan kerana ia mempunyai pelbagai kemudahan yang memberi kesenangan kepada mereka,

“Saya berharap pemaju dapat menyambung semula projek ini atau jalan terakhir menyediakan pampasan kepada pembeli yang tertipu ini sebagai ganti rugi,” katanya.

Sumber : Berita Harian Edisi Sentral bertarikh 1 Januari 2010

Pemaju lepas tangan, penduduk terabai



SERI KEMBANGAN – Penduduk yang sudah tidak tahu ke mana lagi membuat pengaduan kini terpaksa mengharungi kehidupan seharian dengan kemudahan tidak begitu sempurna walaupun dijanjikan kediaman selesa oleh pemaju ketika pembelian rumah dilakukan.

Naib Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 7 Lestari Perdana, Mohd Khazimi Ismail berkata, masalah yang paling besar dan harus dihadapi penduduk setiap hari adalah masalah jalan yang berlubang dan tidak rata.

Beliau berkata, dalam mesyuarat yang didakan bersama pihak pemaju, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan agensi berkenaan, perkara itu kerap kali dibangkitkan.

Katanya, jalan utama berkenaan yang turut digunakan penduduk sekitar dibina tidak mematuhi spesifikasi, berlubang dan tidak diselenggarakan dengan baik.

“Jalan yang kebanyakannya berlubang-lubang hanya ditampal apabila aduan diajukan kepada pihak berkenaan.

“Kerosakan jalan menimbulkan masalah keselamatan kepada pengguna dan penduduk di kawasan sekitar,” katanya kepada Sinar Harian.

Khazimi berkata, selain masalah jalan yang menyebabkan kelewatan CF diberikan kepada pemilik rumah, masalah saluran tersumbat sehingga menyebabkan najis melimpah membuatkan pihaknya buntu memikirkan perkara itu.

Katanya, disebabkan saluran pembetung itu tersumbat, air najis melimpah keluar dan mengalir ke atas jalan.

“Setelah mengajukan perkara ini kepada pihak berkenaan, saya dimaklumkan bahawa peralatan di tiga loji pam telah dicuri.

“Malah saya difahamkan sekiranya pihak berkenaan tidak membaik pulih loji dengan anggaran kos sebanyak RM444,800 ia masih tidak dapat diserahkan kepada Indah Water Konsortium (IWK) untuk penyelenggaraan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, apa yang dikesalkan pemaju memberi jawapan syarikat mereka tidak mempunyai kewangan untuk menyelesaikan kemelut itu.

“Pihak berkenaan bermain tarik tali, masalahnya apabila mereka bersikap lepas tangan, penduduk yang menanggung beban terhadap setiap permasalahan.

“Ke mana lagi kami boleh membuat pengaduan sedangkan banyak aduan sudah dibuat namun tiada maklum balas positif yang diambil kini,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) apartmen berkenaan berkata, pihaknya kini terpaksa mengambil inisiatif sendiri bagi mengelakkan air najis berkenaan melimpah semula ke rumah penduduk.

“Memang ada penduduk yang mengadu air najis melimpah masuk ke dalam tandas dan tidak turun ke saluran sepatutnya seolah-olah tersumbat.

“Selepas mengadakan pemeriksaan, memang didapati ada saluran yang tersumbat menyebabkan air najis tidak dapat disalurkan ke loji rawatan najis utama,” katanya.

Disebabkan itu, katanya, beliau terpaksa melakukan kerja-kerja mengorek bahagian tersumbat sendiri bagi mengelakkan penduduk terpaksa terus berhadapan masalah itu.

“Kita tiada pilihan lain kerana sikap tidak bertanggungjawab pemaju, masalah dihadapi terpaksa diselesaikan begini.

“Sampai bila penduduk harus menunggu sehingga pemaju bertindak sedangkan rumah berkenaan dihuni setiap hari. Dalam satu kenyataan balas daripada MPSJ, saya difahamkan pihak Majlis itu sudah mengarahkan supaya pemaju membersihkan saluran pembetung dan seterusnya membuat penyerahan kepada IWK,” katanya.

Beliau berkata, MPSJ juga berjanji untuk memantau perkara berkenaan dan jika tiada tindakan diambil pemaju, Majlis turut berjanji mengambil tindakan seterusnya.

“Namun sehingga kini saluran pembetung masih belum diserahkan kepada IWK dan masalah tersebut juga tidak diselesaikan,” katanya yang memaklumkan sumber kewangan sedia ada dalam akaun JMB memang tidak mampu memperbaiki saluran secara keseluruhannya.

Sumber : Sinar Harian 30 Disember 2009 (Versi Selangor & KL)

http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf/521fb206a8dbd0a34825697400224def/e3a718cbfd7209244825769c0048986d?OpenDocument&TableRow=2.1#2..

Kecewa sikap dingin MPSJ

SERI KEMBANGAN – Surat aduan dan maklum balas mengenai notis meruntuhkan struktur sudah dikeluarkan namun penduduk di Taman Lestari Perdana Seksyen 7, dekat sini kecewa apabila alat pemancar milik syarikat telekomunikasi masih berdiri kukuh di tingkat atas kediaman perumahan apartmen yang dihuni mereka.

Difahamkan, dalam satu aduan bertulis yang ditujukan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), bertarikh 13 Februari tahun ini, penduduk melahirkan bantahan terhadap kewujudan alat pemancar telekomunikasi di atas bumbung perumahan apartmen dan kedai itu.

Naib Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 7 Lestari Perdana, Mohd Khazimi Ismail berkata, penduduk membantah alat berkenaan yang didakwa sudah dipasang sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, dalam surat aduan berkenaan, pihaknya menggesa supaya Majlis merobohkan atau mengalihkan alat pemancar ke tempat lebih sesuai kerana menimbulkan kebimbangan penduduk.

“Penduduk khuatir ia boleh menimbulkan masalah kesihatan dan kesan sampingan kepada mereka.

“Kami juga menyuarakan supaya pihak terbabit mengambil serius perkara itu kerana ia juga menyebabkan rasa tidak senang penduduk,” katanya kepada Sinar Harian.

Kata Khazimi pada 9 Julai lalu, pihaknya sekali lagi membuat aduan bertulis berhubung bantahan itu berikutan MPSJ masih tidak melaksanakan janji untuk mengambil tindakan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap perkara terbabit.

“Maklum balas pertama daripada MPSJ bertarikh 27 Februari, memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik struktur pemancar itu tetapi malangnya sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil.

“Saya kemudian membuat aduan bantahan kali kedua dan MPSJ sekali lagi melalui satu surat bertarikh 12 Ogos memaklumkan tindakan meruntuhkan ke atas struktur yang didirikan tanpa kebenaran itu akan dijalankan,” katanya.

Katanya, ketika itu pihaknya turut dimaklumkan bahawa alat pemancar berkenaan dibina tanpa mematuhi garis panduan dan piawaian bangunan MPSJ.

“Saya dimaklumkan dari tarikh surat dikeluarkan, syarikat telekomunikasi dikehendaki meruntuhkan struktur dalam tempoh 14 hari dan sekiranya gagal tindakan akan diambil di bawah Seksyen 72 (6) Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan (1974).

“Sekiranya pihak berkenaan enggan menurut arahan, saya dimaklumkan Majlis akan melaksanakan tindakan perobohan serta-merta tanpa sebarang notis namun sudah masuk bulan keempat namun masih tiada tindakan,” katanya.

Sehubungan itu, Khazimi berkata, pihaknya memohon keprihatinan MPSJ untuk memandang serius perkara berkenaan dan dapat mengalihkan alat pemancar itu dengan segera.

Sumber : Sinar Harian 29 Disember 2009 (Versi Selangor & KL)

Kemas kini aspek urus bangunan

Oleh Magendran Rajagopal

magendran@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah mengenal pasti kelemahan serta kekurangan Akta Bangunan dan Hartanah Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007, yang sedang dikemas kini bagi meningkatkan keberkesanannya.

Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata pendekatan itu bertujuan memberi perlindungan lebih baik kepada hak dan kepentingan pemilik rumah pangsa, apartmen, kondominium serta rumah bandar selain kompleks beli-belah dan apartmen servis.

"Proses menambah baik akta terbabit merangkumi semua hartanah yang mempunyai hak milik strata, termasuk pembinaan atas tapak komersial.

"Kita mahu pastikan semua aspek berkaitan seperti penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Jawatankuasa Pengurusan (MC) dan penguatkuasaan akta itu oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB) dapat menangani segala permasalahan yang dibangkitkan pemilik selama ini.

"Ini termasuk pengwujudan garis panduan, peraturan, mengadakan program latihan untuk pemaju, syarikat pengurusan dan COB selain menyediakan khidmat nasihat kepada pemilik serta menangani aduan mereka," katanya ketika dihubungi semalam.

Antara isu yang diberi keutamaan ialah mempercepatkan pengeluaran geran hak milik strata kepada pemilik untuk membolehkan mereka menubuhkan JMB bagi menguruskan sendiri kawasan guna sama di kediaman masing-masing.

Sebelum hak milik strata dikeluarkan, sesuatu hartanah itu diuruskan oleh JMB yang dianggotai wakil pemaju dan pembeli. Selepas hak milik strata dikeluarkan, JMB digantikan dengan MC dan pemaju tidak lagi campur tangan dalam aspek pengurusan bangunan.

COB, yang dilantik kerajaan negeri, bertanggungjawab melaksanakan undang-undang berkenaan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin berlaku dalam tempoh apabila kunci kediaman diserah kepada pembeli sehingga geran hak milik strata dikeluarkan.

Kata Kong, kementeriannya juga mahu melakukan beberapa pindaan tahun depan bagi mewujudkan garis panduan atau peraturan baru untuk memastikan pemilik hartanah lebih peka mengenai hak mereka dan mengambil tahu peranan mereka dalam pengurusan kawasan guna sama.

"Kementerian ini akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, yang bertanggungjawab melaksana Akta Hak Milik Strata 1985, bagi mengemas kini aspek pengurusan bangunan dan hartanah guna sama selain pengeluaran geran hak milik strata.

Sumber : Berita Harian 23 Disember 2009

'Jangan biar kami tunggu lama'

PUCHONG 5 Okt. - Persatuan Penduduk Taman Lestari Perdana di sini sudah bosan menunggu jawapan mengenai isu Sijil Layak Menduduki (CF) daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Pengerusinya, Mohd. Afizudin Said menjelaskan, pihaknya sudah tidak mahu mendengar lagi sebarang alasan penangguhan yang disifatkannya sebagai cara MPSJ untuk 'melepaskan' diri.

Tegasnya, isu itu disifatkan semakin serius dan penduduk di situ juga terlalu bimbang seandainya sebarang perkara buruk terjadi terhadap kediaman mereka.

"Kami difahamkan akan diberi jawapan selepas hari raya. Isu ini sudah terlalu lama tertangguh dan MPSJ sendiri perlu bertanggungjawab kepada apa yang terjadi.

"Jangan pandang ringan. Kami tinggal di kawasan MPSJ dan seharusnya mereka mengambil isu ini sebagai sesuatu yang perlu diselesaikan segera," katanya ketika ditemui pada majlis hari raya anjuran Persatuan Penduduk Taman Lestari di sini semalam.

Perumahan yang didiami kira-kira 500 keluarga itu kini berada di dalam keadaan 'tergantung tidak bertali' kerana CF masih belum diperoleh sejak tujuh tahun lalu.

Pemaju kawasan itu adalah Darar Ehsan Sdn. Bhd. dan tanah adalah kepunyaan SAP Holding Berhad, anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

Pada tahun 2002, penduduk menandatangani perjanjian jual beli rumah tersebut.

Kata Afizudin lagi, masalah itu sudah dibangkitkan sejak 2002 lagi namun alasan tunggakan bayaran wang deposit oleh Darar Ehsan kepada MPSJ lebih dari RM500,000 bukan masalah kepada mereka.

"Mereka seharusnya menyelesaikan isu ini sejak dahulu lagi. Ini tidak, kini kami terpaksa menanggung risiko jika ada perkara buruk terjadi di sini.

"Cepatkan permohonan kami. Kami juga tidak teragak-agak untuk membangkitkan isu ini kepada pihak ketiga dan jangan biar kami menunggu lama," ujarnya

Sumber : Utusan Malaysia edisi Kota bertarikh 6 Oktober 2009

Keratan Akhbar Sinar Harian 22 Jun 2009 Saluran Tersumbat Air Najis Melimpah

Penduduk kurang faham fungsi JMB

AMPANG - Penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bukanlah satu penyelesaian dalam mana-mana kawasan kediaman seandainya tiada pemahaman yang jelas daripada penghuni mahupun pihak pengurusan berkait dengan JMB.

Pengarah Operasi, Focus Facilities Management Sdn Bhd, Ablah Othman berkata, pelbagai cabaran dan masalah yang perlu dihadapi dalam menguruskan dan menyelenggara harta bersama seperti di flat, pangsapuri dan kondominium.

Menurutnya, perkara yang kerap dihadapi mana-mana pengurusan adalah keengganan penghuni membayar yuran penyelenggaraan sebagai contoh, pemilik yang tidak tinggal di perumahan tersebut tetapi menyewakan kepada orang lain.

“Kebiasaannya penyewa ini kurang rasa tanggungjawab untuk membayar yuran penyelenggaraan sehingga sukar untuk membuat kutipan sepenuhnya.

“Begitu juga bilangan unit rumah yang sedikit akan menyebabkan dana tidak setara dengan jumlah perbelanjaan pengurusan bangunan terutama perumahan kos rendah yang mempunyai lif.

“Malah ada juga pemilik yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi oleh pemaju menyebabkan mereka enggan membayar yuran penyelenggaraan walaupun yuran perkhidmatan yang rendah,” kata Ablah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran yang dihadapi JMB semasa Seminar Perbadanan Pengurusan terhadap Peranan dan Tanggungjawab JMB dan Legasi Hakmilik Strata anjuran Focus Facilities Management Sdn Bhd di Hotel De Palma Ampang.

Ablah berkata, masalah dalaman JMB juga antara beberapa masalah dan cabaran yang sering timbul apabila mereka yang berada dalam pengurusan ini tidak memahami peranan JMB dengan jelas.

Sebagai contoh “Masalah seperti rumah lelong, struktur kediaman yang tidak memuaskan, masalah cukai tanah dan masalah meter air pukal kebiasaannya ditanggung menggunakan dana yuran perkhidmatan adalah antara lain yang sering menghantui JMB,” katanya.

Menurutnya, kesemua masalah ini hanya dapat diatasi sekiranya Akta 318 Akta Hakmilik Strata perkara 41A Caruman dapat dikuatkuasakan oleh pihak berwajib. Jika ini dapat dilaksanakan, maka banyak perkara dapat diatasi dan seterusnya menjaga kebajikan dan keselesaan perumahan bertingkat.

Sebelum itu, Seminar Perbadanan Pengurusan telah dirasmikan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abd Samad.

 

Sinar Harian 31 Ogos 2009

Recent Blog Entries

by lestariperdana | 0 comments
by lestariperdana | 3 comments
by lestariperdana | 3 comments
by lestariperdana | 1 comment

Upcoming Events

No upcoming events

Featured Products

No featured products