Badan Pengurusan Bersama Apartment dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana

"Bantulah Kami Untuk Membantu Anda"

Walaupun kedudukan kewangan Badan Pengurusan Bersama Apartment dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana berada pada kedudukan tidak stabil disebabkan ramai yang tidak membayar bil penyenggaraan tetapi Usaha untuk meningkatkan lagi tahap pengurusan dan penyenggaraan tetap dilaksanakan dengan sedaya upaya mampu walaupun dalam keadaan yang agak perlahan. Kesemuanya adalah bergantung kepada kedudukan kewangan semasa. Sama-samalah kita menjadi penghuni dan pembeli yang bertanggongjawab menjelaskan bil penyenggaraan kerana hasilnya adalah untuk keselesaan kita semua

Pencapaian

Membaikpulih sebanyak 110 saluran kumbahan yang pecah dan tersumbat di Blok A,B,C,D,E,F,G,H,J dan K sekaligus menyelesaikan masalah bau busuk yang telah berlarutan sejak tahun 2005.

Memasang papan tanda blok di kesemua 10 blok bangunan

Membaikpulih kesemua lampu di Jalan LP 7/1, Jalan LP 7/2, Jalan LP 7/3, Jalan LP 7/4 dan Jalan LP 7/5. Masalah tersebut telah berjaya diselesaikan setelah sebahagiannya bergelap sejak tahun 2005.

Memasang kabel baru bagi lampu di jalan LP 7/4 dan sebahagian Jalan LP 7/2 dan Jalan LP 7/3 kerana sudah rosak dan hilang. Sekaligus dapat menyelesaikan masalah kes kecurian disebabkan suasana gelap di blok D, F, G, H,J,K dan Blok G

Mengecat garisan tempat letak kereta. dilaksanakan setelah banyak aduan diterima kerana sukar meletakkan kenderaan dengan betul sebab tiada garisan tempat letak kereta

Memasang lampu tambahan di belakang setiap blok. Dilekatkan pada blok C,D,E,F dan G supaya suasana di belakang blok tidak gelap

Membaikpulih hampir kesemua tangga yang pecah. Bagi mengatasi masalah kesukaran untuk menaiki dan menuruni tangga

Membaikpulih kesemua lampu tangga, koridor dan pendawaian semula bagi 150 unit lampu tangga dan koridor yang telah dicuri. Hasilnya semua lampu berfungsi dengan sempurna.

Mewujudkan Pasar Malam setiap hari khamis di Jalan LP 7/3 sekaligus memberi peluang kepada penduduk untuk berniaga

Memasang 2 unit berkembar lampu tambahan di tapak pasar malam kerana tempat tersebut agak gelap

Memasang sebanyak 222 unit lampu tambahan di setiap laluan pejalan kaki tingkat bawah dan juga di bahagian tangga bangunan.

Menyelesaikan kesemua aduan penduduk yang berstatus penyelenggaraan kecil seperti saluran paip tersumbat, kabel hilang, masalah melibatkan elektrikal, paip dan gantian bagi peralatan saluran paip yang pecah dan rosak. penduduk digalakkan mengemukakan aduan bagi memudahkan pihak kami mengambil tindakan. Penyelesaian adalah bergantung kepada kedudukan kewangan semasa

 Meningkatkan tahap kebersihan di kawasan JMB seksyen 7 lestari perdana. Penduduk digalakkan memberi maklumbalas berhubung tahap kebersihan semasa

Memasang papan tanda "Apartmen Lestari Perdana" di persimpangan jalan masuk

Berjaya meningkatkan jumlah penduduk dari 20 peratus pada tahun 2009, 50 peratus pada tahun 2010 dan 70 peratus pada tahun 2011 melalui kaedah galakan dan promosi untuk mendiami di kawasan ini

Memasang palang besi dan dikunci di kotak meter TNB bagi mengelakkan kes kecurian peralatan elektrik

Dalam Tindakan


Penambahan lampu di tingkat bawah dan tingkat satu kerana terlalu gelap pada waktu malam

Menyediakan tempat letak motosikal bagi memudahkan penduduk meletakkan motosikal sekaligus mengatasi masalah motosikal diletakkan berselerakan di serata tempat

Penggantian bagi peralatan elektrik, paip, besi yang telah dicuri

Pemasangan gril keselamatan di setiap blok bagi membendung kes kecurian dan pecah rumah

Pemasangan pagar keselamatan untuk keselamatan kanak-kanak kerana kedudukan bangunan terlalu hampir dengan jalan utama dan longkang besar

Memasang tanda arah, nama jalan, bagi memudahkan pengunjung luar untuk ke kawasan perumahan ini

Usaha untuk memastikan kesemua rumah berpenghuni. Walaupun agak sukar tetapi usaha tersebut perlu dilaksanakan



Cadangan


Usaha mengecat bangunan dan pembaikan keseluruhan pendawaian elektrik yang telah hilang atau tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan

Usaha untuk mewujudkan sebuah surau untuk penduduk di seksyen 7 lestari perdana. Telah mendapat kelulusan MPSJ pada tahun 2008 dan baru sahaja mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor

Mewujudkan kawalan keselamatan 24 jam dan menarik minat untuk mendiami kediaman dan menjalankan perniagaan seterusnya mewujudkan banyak peluang pekerjaan. suasana selamat dan terjamin adalah perlu diberi penekanan serius

Menaiktaraf tahap keselamatan di kawasan Seksyen 7 lestari perdana, Cadangan pemasangan CCTV

Mewujudkan pejabat Badan Pengurusan Bersama di tempat yang telah dirizabkan iaitu di tapak surau berdekatan blok G

Membaikpulih jalan yang berlubang dan telah rosak terutamanya di bahagian belakang blok

Mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak dan tadika

CADANGAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN GUNASAMA DI KAWASAN BERSAMA DIBAWAH PENGURUSAN BADAN PENGURUSAN BERSAMA APARTMENT DAN KEDAI SEKSYEN 7 LESTARI PERDANA

 

Cadangan penyediaan kemudahan gunasama di kawasan ini adalah merupakan satu kesinambungan untuk kemudahan dan keselesaan penduduk. Kesemua perancangan kemudahan gunasama ini hendaklah mengambilkira mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) dari segi kemudahamsampaian , selamat dan selesa. Di antara kemudahan gunasama yang dicadangkan dan perlu disediakan di kawasan ini adalah merangkumi komponen komponen berikut:-

 

Senarai Kemudahan Bersama

 

1. Tadika

2. Taska

3. Surau

4. Dewan Serbaguna

5. Pejabat Pengurusan dan Tandas Awam

6. Kawasan Hijau dan Taman Permainan

7. Kemudahan Letak Motosikal dan Basikal

 

KRITERIA CADANGAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN BERSAMA (GUNASAMA)

Bil. Kemudahan Bersama Garispanduan Justifikasi Penyediaan

Tadika - Keperluan bagi kanak-kanak berumur antara 3 hingga 5 tahun

Taska - Keperluan bagi bayi / kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 3 tahun.

Surau Sekurang-kurangnya dapat menampung 40 jemaah dan disedaikan dengan kemudahan sokongan seperti tandas, dewan mini, perpustakaan mini, tempat mesyuarat dan Ruang Pengurusan Jenazah

Dewan Serbaguna dengan kemudahan gelanggang. Dan bilik bacaan Selain itu, ia boleh diintegrasikan dengan sebarang gelanggang yang sesuai untuk tujuan kegunaan sukan seperti badminton, takraw, bolajaring, bola keranjang dan bola tampar boleh digabungkan secara bersepadu (integrated) di dalam satu gelanggang permainan terbuka

Pejabat Pengurusan dan Tandas awam Pejabat pengurusan dicadangkan disedikan di penjuru tapak surau dan dilengkapi dengan tandas awam, sekurang-kurangnya 2 tandas Lelaki dan 2 tandas Perempuan. Tandas awam disarankan untuk dikongsi bersama oleh pejabat pengurusan dan lain lain kemudahan gunasama.

Kawasan Hijau dan Taman Permainan Keperluan 30% Kawasan Hijau dari keluasan kawasan. Ia terdiri daripada kawasan lanskap lembut dan kejur. Kawasan yang boleh digunakan sepenuhnya merangkumi aktiviti seperti Padang Permainan Kanak-kanak (1-6 tahun) Mengikut standard SIRIM MS 966:2001, Rekabentuk dan pemilihan pokok yang bersesuaian terutamanya dari jenis teduhan dan mudah untuk disenggara.

Kemudahan Letak Motosikal dan Basikal - Tempat Letak Kenderaan (TLK) - Keperluan: 1TLK:1 Unit rumah + 20% untuk pelawat. TLK bagi Orang Kelainan Upaya (OKU): Keperluan: 1:100 unit rumah. Tempat Letak Motosikal (TLM ) bagi keperluan setiap blok . Kesemua TLK perlu dinomborkan, termasuk TLK untuk OKU dan kenderaan / van jenazah. TLK OKU perlu berdekatan dengan bangunan dan kemudahsampaian dengan selamat. TLM digalakkan secara berbumbung dan terhalang daripada panas matahari dan hujan.

Recent Blog Entries

by lestariperdana | 0 comments
by lestariperdana | 3 comments
by lestariperdana | 3 comments
by lestariperdana | 1 comment

Upcoming Events

No upcoming events

Featured Products

No featured products